• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah RM4.3 Juta Serbuan Di Dua Kampung

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Bukit Aman dengan kerjasama polis negeri ini merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM4.3 juta melalui serbuan serentak di tiga lokasi sekitar dua kampung, kelmarin.

Rampasan termasuk kira-kira 81 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 5,700 biji pil eramin 5 dan 2,000 biji pil yaba, hasil operasi sepasukan pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kelantan selepas melakukan risikan selama sebulan.

Menerusi serbuan antara jam 3.55 pagi hingga 4.10 pagi di Kampung Derdak Limbat, di sini, dan Kampung Kepas di Jalan Banggol Jerih, Pasir Mas, polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 34 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata serbuan pertama di Kampung Derdak Limbat membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 33 tahun.

Beliau berkata, hasil serbuan itu, polis merampas 80.7kg dadah jenis syabu yang sudah dibungkus, 5,700 biji pil eramin 5, 2,000 biji pil kuda dan 167 biji pil ekstasi.

“Dalam serbuan kedua di Kampung Kepas pula, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun dan merampas 467 gram dadah jenis syabu.

“Tangkapan ketiga membabitkan seorang lelaki berusia 34 tahun di Kampung Derdak Limbat tanpa sebarang rampasan.

“Kita turut menyita dua Perodua Myvi dan Proton Satria, sebuah motosikal serta wang tunai RM5,900 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM65,000,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati ketiga-tiga lelaki ditahan itu disyaki daripada kumpulan sama dan bergiat aktif sejak beberapa bulan lalu.

“Siasatan kita mendapati bekalan dadah terbabit dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan di Kelantan dan sekitar Lembah Klang.

“Berdasarkan jumlah rampasan itu, bekalan berkenaan boleh digunakan lebih 412,000 individu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan ketua sindiket berkenaan, termasuk mengenal pasti pasti sama ada mempunyai rangkaian dengan sindiket antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman selama seminggu hingga 8 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BH Online

Tags: dadahserbuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd