• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Malaysia Tingkat Usaha Kesan Penculik Dan Mangsa

oleh
14/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis Malaysia menggerakkan anggota dan aset keselamatan untuk mengesan keberadaan mangsa culik dan suspek pada ketika ini.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata keanggotaan pasukan keselamatan di sekitar kawasan culik turut dipertingkatkan.

“Sehingga kini penculik belum ada membuat panggilan kepada majikan atau keluarga mangsa untuk wang tebusan,

“Kita masih meneruskan usaha mengesan dan menjejaki mangsa serta suspek dalam kes ini dengan gerakkan sumber dalam polis serta pasukan keselamatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Lahad Datu baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Omar menasihati nelayan di sekitar Zon Selamat Khas Pantai Timur Sabah (ESSZone) supaya berjaga-jaga dengan kehadiran bot asing yang tidak dikenali.

“Maklumkan kepada pasukan keselamatan yang ada atau di balai polis berhampiran agar pihak keselamatan boleh mengambil tindakan pantas,” katanya lagi.

Pada majlis itu ACP Nasri Mansor, 41, anak jati Kunak dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu menggantikan SAC Hamzah Ahmah yang dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Bukit Aman.

Nasri dalam ucapannya berkata komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta memohon sokongan kerjasama daripada warga polis di Lahad Datu.

Nasri sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Selangor. – BERNAMA​​​​​

Tags: culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd