• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Dua Saksi Bicara Kes Bunuh Kim Jong-Nam

oleh
01/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan dua wanita warga Indonesia, yang diperlukan untuk hadir sebagai saksi perbicaraan kes bunuh Kim Jong-Nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai Raisa Rinda Salma, 24, pemegang passport No. B2421541 dan Dessy Meyrisinta, 33, pemegang passport No. B0464727.

Kedua-dua saksi ini yang beralamat terakhir di Hotel Flamingo, Ampang, tidak dapat dihubungi, katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Wan Azirul Nizam daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada talian 017-655 6575, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada 16 Ogos lepas, mahkamah memerintahkan warga Indonesia Siti Aisyah dan warga Vietnam Doan Thi Huong membela diri terhadap pertuduhan membunuh Jong-Nam atau Kim Chol yang jugs abang Presiden Korea Utara Kim Jong-un, tahun lepas.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Siti Aisyah, 26, dan Doan, 29, pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 1, 5, 7, 8, 12, dan 13 Nov serta antara 12 dan 14 Dis sebagai tarikh untuk Siti Aisyah membela diri manakala 7 dan 10 Jan, 28 hingga 31 Jan serta antara 18 dan 20 Feb tahun depan untuk Doan membela diri.

Siti Aisyah dan Doan didakwa dengan empat individu yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Feb 2017. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup Siti Aisyah

30/09/2019
0

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan menjadikan saya seorang bintang. "Saya berasa bodoh...

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

11/06/2019
0

WASHINGTON – Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2017 adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd