• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Banteras Judi Tanpa Lesen Habis-Habisan

oleh
14/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Semua bentuk perjudian haram di negeri ini akan dibanteras habis-habisan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis jika mengesyaki ada premis yang menjalankan kegiatan itu.

Pihak polis akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berkala di premis perjudian yang pernah diserbu sebelum ini bagi memastikan ia tidak lagi terus beroperasi, katanya ketika ditemui pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Majlis itu menyaksikan ACP Zahari Mohamed dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pengarah (Kesejahteraan Organisasi) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta digantikan dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar Supt Chuah Seong Lim.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mat Kasim Karim.

Sementara itu, polis Kedah memberi tumpuan kepada rumah urut berlesen agar tidak menyalahgunakan lesen dimiliki dengan menawarkan perkhidmatan pelacuran.

“Kita juga pada masa sama hendak memastikan Kedah bebas daripada kegiatan pelacuran dan tidak akan berkompromi dalam isu ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd