• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Cabaran: P.Pinang Akur Tunduk Pada JDT II

oleh
13/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KAWAN – Johor Darul Ta’zim (JDT) II, berpesta gol selepas membenam Pulau Pinang 5-1 di Stadium Negeri Batu Kawan dan sekaligus menjuarai kumpulan B dan layak ke perlawanan separuh akhir Piala Cabaran 2018.

Rentak permainan agak goyah dipamerkan anak buah Zainal Abidin Hassan itu sehingga membolehkan JDT II mendahului pada minit ke 18 melalui gol sendiri hasil kesilapan kapten Pulau Pinang Kang Seung-Jo yang cuba mengeluarkan bola tetapi terkena Norhafiz Zamani Misbah.

JDT II menambah gol pada minit ke-40 selepas Nicolas Alberto Frenandez menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil Wan Mohamad Tarmizi selepas pemain tersebut dijatuhkan pemain pertahanan Pulau Pinang, Mohamad Khairul Akmal Rokisham.

Pertahanan pasukan tuan rumah sekali lagi bolos apabila pemain hadapan JDT II, Md Rozaimi Abd Rahman, berjaya menjaringkan gol ketiga, tiga minit kemudian dan keadaan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

JDT II yang bermain dengan selesa di babak kedua, menambah derita pasukan tuan rumah apabila Mohammad Amer Saidin menjaringkan gol pada minit ke-72 sebelum Shahwan Shaharudin menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke 78.

Walau bagaimanapun, pasukan Harimau Kumbang mendapat gol saguhati apabila Mohd Alafi Mahmud menjaringkan gol pada minit ke-91 dalam masa tambahan. – BERNAMA

Tags: Piala Cabaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TFC II Rangkul Edisi Sulung Piala Cabaran 2018

15/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) muncul juara edisi sulung Piala Cabaran 2018 selepas menewaskan...

Piala Cabaran: ATM Benam P.Pinang Tanpa Awang Import

09/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencipta kejutan dalam aksi sulungnya di saingan Piala Cabaran 2018, apabila menewaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd