• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Terdesak Dakwa Najib Bagi Tunai Manifesto

oleh
24/09/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEDAH… Tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan pihak pendakwaan sedang dalam cubaan terdesak untuk penuhi segala janji manifesto politik kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Demikian rumusan peguam bela bekas perdana menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa sidang akhbar selepas Najib dibebas dengan ikat jamin atas 24 tuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, pertuduhan tersebut juga tidak cukup kuat apatah lagi mampu untuk menghukum pelanggannya kerana Najib sendiri telah mengembalikan 90 peratus daripada dana yang diterimanya kepada akaun penderma.

“Saya berasa agak terkejut dan pada masa yang sama gembira dengan jenis tuduhan yang mereka kemukakan kerana ia adalah tuduhan yang terdesak. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa memang agak terdesak.

“Hanya untuk bawa pertuduhan yang berkaitan dengan skandal 1MDB (ke mahkamah) supaya mereka boleh tunai kewajipan terhadap manifesto PH ketika PRU (Pilihan Raya Umum),” kata Muhammad Shafee dalam nada sinis.

Beliau berkata Najib telah memulangkan sejumlah AS$651 juta pada bulan Jun, Julai dan Ogos 2013 kepada Arab Saudi, selepas PRU ke-13 berakhir kerana selesai dengan perbelanjaan yang berkaitan dengan kempen politik.

Ditanya mengenai buku berjudul Billion Dollar Whale ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope yang mendakwa bahawa Najib telah diperdayakan oleh ahli perniagaan dikehendaki polis, Jho Low, peguam itu menjawab:

“Jika buku itu boleh dijadikan sebagai bukti, ia sangat menarik. Buku itu mungkin mengesahkan bahawa Jho Low sebenarnya memperdayakan rakyat termasuk Najib sendiri sebagai mangsanya,” kata Muhammad Shafee.

Tags: Shafee Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Shahrir: Najib Tak Sedia Beri Keterangan Tanpa Shafee

Bicara Kes Shahrir: Najib Tak Sedia Beri Keterangan Tanpa Shafee

22/12/2022
1

Bekas Perdana Menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, dia tidak bersedia untuk memberikan keterangan pada perbicaraan...

Pendapat Perundangan Akibatkan 1MDB Rugi – Muhammad Shafee

Pendapat Perundangan Akibatkan 1MDB Rugi – Muhammad Shafee

08/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Pendapat perundangan yang diberikan oleh seorang rakan kongsi sebuah firma guaman menyebabkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd