• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Perlu Guna Teknologi Atasi Masalah Padi Angin

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Kerajaan negeri Perak meminta petani di negeri ini supaya menggunakan teknologi moden atau kaedah sesuai bagi mengatasi masalah padi angin yang mengancam industri padi negara serta menjejaskan pendapatan golongan berkenaan.

Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yunus Jamhari berkata antara kaedah tersebut termasuk penggunaan benih padi sah, racun rumpai yang disyorkan dan proses penyediaan tanah yang standard.

Katanya padi angin begitu ketara mengancam tanaman padi di kawasan Kerian Larut seperti di Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Bagan Tiang.

“Pada musim lalu serangan padi angin membabitkan antara 50 hingga 60 peratus kawasan di daerah Kerian kerana padi angin cekap menyerap baja dan nutrien daripada tanah berbanding padi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kempen Pengurusan Padi Angin peringkat negeri di Bukit Merah Laketown di sini hari ini.

Abdul Yunus berkata pihaknya juga akan berbincang dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai penggunaan racun sekarang sama ada ssesuai atau sebaliknya untuk menangani masalah padi angin.

Abdul Yunus juga meminta petani menggunakan benih padi sah yang dikeluarkan oleh kerajaan kerana penggunaan benih padi tidak sah boleh menjejaskan pendapatan dan mengancam pengeluaran beras negara.

Terdahulu dalam ucapannya Abdul Yunus berkata Perak mempunyai dua kawasan jelapang padi iaitu di Kerian dan Seberang Perak dengan keluasan keseluruhan 30,000 hektar.

Namun begitu katanya, purata pengeluaran hasil padi di Perak sekitar empat tan metrik sehektar agak rendah dibandingkan dengan hasil di jelapang padi yang lain. – BERNAMA

Tags: Padi AnginPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd