• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Maut Dalam Kemalangan

oleh
26/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Seorang penjawat awam yang baru sahaja bersara bulan lalu maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Paradom-Bintangor dekat sini melibatkan sebuah kereta dan lori tangki minyak, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dikenali sebagai Muhamad Seman, 60, dari Bandar Baru Sibu Jaya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans yang tiba di lokasi.

“Kemalangan berlaku pada 5.20 petang, apabila kereta mangsa jenis Perodua Kancil yang bergerak dari arah Sarikei ke Sibu terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori itu yang bergerak dari Sibu ke Sarikei semasa cuaca hujan,” katanya.

Pemandu lori tangki minyak itu yang berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Bintangor berjaya mengeluarkan mangsa pada 7 malam.

Difahamkan mangsa pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarikei dan Pejabat Daerah Sarikei sebelum bersara.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati kereta mangsa telah terbabas ke dalam parit yang berair akibat kemalangan itu dan mangsa kemudiannya dikeluarkan dari kereta menggunakan peralatan menyelamat bomba. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd