• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM8.5 Juta Bagi Projek Tebatan Banjir Di Bandaraya Miri

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Pelaksanaan sembilan projek tebatan banjir bernilai RM8.5 juta bagi Bandaraya Miri berjalan mengikut jadual dengan enam projek telah siap manakala tiga lagi dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) berkata enam projek yang siap itu melibatkan kerja menaik taraf saliran bagi Jalan Geikie/Jalan Lim Chee Hian, Jalan Kampung Luak, Jalan Krokop 10, Jalan Jee Foh 8A, Jalan Datuk Muip di Taman Piasau dan Jalan Pujut.

“Baki tiga projek lagi dijadual siap sebelum akhir tahun ini,” jelas MBM menerusi satu kenyataan di sini hari ini, dan menambah, Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang melawat ketiga-tiga projek itu minggu lepas untuk meninjau kemajuan projek.

MBM berkata bagi tiga projek yang sedang dalam pembinaan, kerja menaik taraf jalan dan saliran di Jalan Sibu-Miri Taman Tunku kini mencatat kemajuan kerja 50 peratus, Jalan Pujut Adong (85 peratus) dan Jalan Tanjung Batu Pujut (85 peratus).

“Selepas pemeriksaan tapak, Datuk Bandar berpuas hati dengan kemajuan semasa dan baki projek seharusnya siap sebelum musim hujan bermula. Peruntukan RM8.5 juta adalah daripada kerajaan negeri Sarawak,” jelas kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Miritebatan banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Curi Mentega Berjaya Dicekup Ketika Melarikan Diri

Suspek Curi Mentega Berjaya Dicekup Ketika Melarikan Diri

08/03/2026
0

MIRI – Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berjaya ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencuri di sebuah...

Peruntukan RM725.7 Juta Untuk Tebatan Banjir Di Dengkil

Peruntukan RM725.7 Juta Untuk Tebatan Banjir Di Dengkil

11/11/2023
0

SEPANG : Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd