• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertukaran Pelajar Antarabangsa Kunci Kepelbagaian Ilmu

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa di negara ini dilihat sebagai satu elemen penting dalam usaha untuk mengantarabangsakan sektor pendidikan di negara ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, program berkenaan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang merancang agar setiap pelajar meninggalkan zaman persekolahan sebagai rakyat global yang disemai nilai-nilai teras dan universal serta kukuh dengan identiti rakyat Malaysia.

“Dalam dunia yang serba pantas, pendedahan yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak agar mereka mempunyai ‘worldview’ (pandangan dunia) se awal di bangku sekolah lagi.

“Program ini (pertukaran budaya) adalah kunci membuka pintu pelajar kepada kepelbagaian ilmu, pengalaman dan juga kesedaran diri sendiri, ” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Pelajar Program Pertukaran Antara Budaya Anjuran Yayasan AFS Antara Budaya Malaysia (AFS Malaysia), di Maktab Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Maszlee turut berkata kehadiran pelajar asing di sesebuah sekolah akan membuka mata pelajar tempatan bukan sahaja kepada budaya baru tetapi juga kepada pembentukaan cara berfikir.

Pada majlis berkenaan, seramai empat pelajar asing termasuk dari Amerika Syarikat dan Itali terpilih belajar di empat sekolah di negeri ini.

Pelajar yang terpilih akan ditempatkan di Maktab Sultan Abu Bakar, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai.

Pelajar yang terlibat melibatkan dua pelajar dari Amerika Syarikat — Harnoir Mann Singh dan Sejal Kray Mayer Patel manakala dari Itali – Carlo Tota dan Alberto Lambardo, kesemuanya berusia 16 tahun.

Maszlee dalam pada itu turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang mendakwa program pertukaran pelajar membawa budaya tidak sihat kerana pelajar asing dilihat lebih bebas dan berani.

“Pemikiran sebegini mesti dielakkan. Kegusaran tidak rasional ini yang membawa kepada pemikiran insular yang akhirnya boleh menjadikan kita terasing dari dunia yang semakin tiada sempadan.

“Ini akan membantutkan usaha meningkatkan jati diri anak-anak kita yang sepatutnya diberikan peluang berinteraksi dengan golongan sebaya mereka agar mereka mampu menjadi warga dunia yang mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikPelajar Antarabangsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd