• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Tangani Kekurangan Profesional Kesihatan

oleh
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan meningkatkan usaha untuk mencapai akses peringkat sejagat terhadap penjagaan kesihatan berkualiti dengan menyasarkan kawasan kekurangan perkhidmatan itu, menggalakkan penjagaan kesihatan utama dan pencegahan serta meningkatkan kapasiti kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, bagaimanapun berkata satu daripada cabaran terbesar dihadapi oleh Malaysia untuk memenuhi aspirasi berkenaan adalah kekurangan kritikal dan ketidakseimbangan pengagihan profesional kesihatan khususnya pakar.

“Malaysia menghadapi kekurangan kritikal profesional kesihatan dalam semua sektor penjagaan kesihatan. Lebih-lebih lagi nisbah pakar klinikal pada kadar 3.42 bagi 10,000 populasi pada ketika ini jauh lebih rendah daripada purata ditetapkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) iaitu 14.13 bagi 10,000 populasi.

“Memburukkan lagi masalah itu, dianggarkan daripada 8,000 pakar klinikal di negara ini, lebih 40 peratus berkhidmat dengan swasta, memberikan perkhidmatan kepada 30 peratus pendaftaran masuk ke dalam negara ini,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Tahunan Keempat Inovasi dalam Pendidikan Profesion Kesihatan Global (IGHPE) 2018 di sini, hari ini.

Menteri itu mengambil perhatian bahawa walaupun Malaysia telah mengambil langkah memperluaskan lagi program ijazah dan ijazah lanjutan perubatan pada dekad lepas, ia masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan negara.

Ditaja bersama oleh Universiti Malaya, program pada tahun ini bertujuan untuk menggalakkan perbahasan dan merumuskan idea baharu berhubung penggunaan rekaan dan teknologi untuk merapatkan jurang antara teori dan amalan dalam profesion kesihatan di rantau ini dan global. Persidangan itu bermula semalam. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd