• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Pascabayar Kekal Dikenakan Cukai 6 Peratus

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kekal dikenakan ke atas pengguna telekomunikasi pascabayar seperti yang dilaksanakan semasa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya termaktub kepada warganegara yang menggunakan kad prabayar sahaja.

“Kad prabayar selalunya digunakan golongan pendapatan rendah dan pengecualian ini diberikan untuk membantu golongan tersebut,” katanya pada sidang media sempena majlis taklimat ‘SST bersama Menteri Kewangan’, di sini, hari ini.

Semalam, Lim mengarahkan syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar supaya mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara Malaysia.

Katanya, pengecualian itu berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuat kuasa mulai 6 Sept 2018.

Melalui pengecualian itu, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan bersedia untuk membuat pindaan ke atas nilai cukai yang dikenakan seandainya ia memberi kesulitan kepada peniaga.

“Saya selalu tegaskan bahawa sungguhpun pihak kerajaan hendak tambahkan hasil tapi kesejahteraan ekonomi rakyat adalah lebih penting.

“Itulah sebabnya kita (akan) membuat pindaan yang sewajarnya sekiranya peniaga ada masalah tetapi pada masa yang sama kita harap peniaga juga bolehlah mengambil inisiatif memastikan mereka dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan supaya kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing,” kata Lim.- BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd