• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara 15 Tahun Jika Cemar Makanan

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Australia hari ini meningkatkan hukuman penjara kepada 15 tahuh ke atas sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan makanan ketika penduduk negara itu dibayangi kebimbangan kes jarum dalam strawberi dan buah-buahan lain.

Polis sedang menyiasat lebih 100 laporan jarum untuk menjahit ditemui dalam strawberi yang memaksa petani membuang buah itu akibat penurunan permintaan.

Pada masa sama, isu itu mencetuskan kebimbangan terhadap industri yang bernilai A$160 juta itu (RM480.5 juta).

Parlimen Australia meluluskan rang undang-undang meningkatkan hukuman penjara kepada 15 tahun daripada 10 tahun ke atas sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan makanan.

Keputusan itu selaras dengan bentuk hukuman yang dikenakan dalam kes pihak yang membiayai keganasan.

Ia juga menjadikan perbuatan menipu sebagai jenayah dengan pihak yang didapati bersalah boleh dihukum penjara 10 tahun.

“Keputusan ini menunjukkan sejauh mana seriusnya saya dalam menanganinya,” kata Perdana Menteri Australia, Scott Morrison kepada wartawan di Royalla, sebuah bandar 35 kilometer di selatan ibu negara, Canberra.

Rang undang-undang itu diluluskan dalam tempoh kurang sehari ketika ahli perundangan berusaha memulihkan keyakinan awam kepada industri strawberi. – Reuters

Tags: JARUMstrawberi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Asyraf Wajdi Kesal Guan Eng Sekat Akaun Twitter

Next Post

Agensi Amah Digantung Lesen

Related Posts

Bayi Hampir Mati Tertelan Jarum

14/01/2019
0

BEIJING - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hampir maut selepas tertelan jarum jahit sepanjang empat sentimeter yang ditinggalkan ibunya....

Wanita Ditahan Kes Jarum Dalam Strawberi

11/11/2018
0

SEORANG wanita ditangkap di Queensland berhubung kes jarum dalam strawberi yang mencetuskan ketakutan di Australia. Polis berkata wanita berusia 50...

Next Post

Agensi Amah Digantung Lesen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd