• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Mykad Melalui Mobile Bas JPN Dalam 45 Minit

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui perkhidmatan Mobile Bas JPN kini mengeluarkan MyKad dalam tempoh 45 minit sehingga sejam, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohamad Razin Abdullah.

Beliau berkata perkhidmatan perintis itu telah bermula Julai lalu membolehkan pelanggan membuat permohonan MyKad di bas berkenaan, dicetak dan diserahkan terus kepada pelanggan.

“Sebelum ini, pelanggan yang membuat permohonan melalui perkhidmatan Mobile Bas JPN yang akan ke lokasi-lokasi terpilih dan hanya boleh mengutip MyKad yang sudah siap di mana-mana cawangan JPN dalam tempoh lima hari,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Kembara Mobile Hari Pendaftaran Negara 2018 di sini hari ini.

Beliau menambah perkhidmatan itu bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan jabatan itu kepada rakyat, selaras dengan slogan JPN ‘Rakyat Di Hati JPN’.

Sementara itu, Mohamad Razin berkata Program Kembara Mobile sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2018 pada 1 Okt untuk memberikan perkhidmatan pendaftaran termasuk khidmat nasihat dan penyerahan dokumen pengenalan diri yang diproses.

Selain untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga dokumen pengenalan diri, beliau berkata program itu juga bertujuan untuk menjalin kerjasama antara JPN dan agensi kerajaan lain untuk membantu golongan layak mendapatkan dokumen pengenalan diri.

“Saya menyambut baik Kembara Mobile yang secara tidak langsung dapat menyebar perkhidmatan JPN agar masyarakat lebih memahami dan mendapat manfaat daripada pelaksanaan dasar dan program JPN.

“Ia merupakan tanggungjawab JPN untuk memastikan setiap penduduk di negara ini yang layak mendapat dokumen pengenalan diri. Program ini merupakan satu strategi turun padang dan dekat di hati rakyat khususnya mereka yang tidak mempunyai akses datang ke pejabat JPN agar mereka tidak ketinggalan,” katanya.

Program Kembara Mobile yang bermula di Zon Sarawak diikuti Selatan, Sabah, Utara dan Timur mulai 15 hingga 30 Sept. – BERNAMA

Tags: JPNMyKad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd