• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Bersama Alibaba, Jack Ma Umum Bersara

oleh
08/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pengasas bersama Alibaba, Jack Ma akan bersara daripada syarikat gergasi e-dagang China itu pada Isnin ini untuk tumpu masanya kepada kerja kebajikan berkaitan pendidikan.

Demikian kongsi hartawan itu kepada New York Times dalam satu wawancara. Ma merupakan seorang guru bahasa Inggeris sebelum mula mengasaskan Alibaba pada tahun 1999.

Beliau membangunkannya menjadi gergasi Internet bernilai berbilion-bilion dolar malah dalam masa yang sama menjadikan dirinya sendiri antara hartawan paling kaya dan dihormati di China.

Ma memberitahu bahawa beliau akan bersara daripada syarikatnya pada 10 September – sempena ulang tahunnya ke-54 – menyifatkan persaraannya sebagai “permulaan satu era” dan bukan penghujungnya.

Beliau menambah bercadang untuk menghabiskan masa dan hartanya untuk pendidikan.

Dalam satu wawancara bersama Bloomberg TV yang diterbitkan pada Jumaat, Ma pernah membayangkan rancangan persaraannya.

Ma berkata beliau berhasrat untuk mengikut jejak langkah pengasas Microsoft, Bill Gates, yang juga terkenal sebagai seorang dermawan.

“Ada banyak perkara yang boleh saya pelajari daripada Bill Gates. Saya mungkin tidak pernah akan menjadi sekaya beliau, tapi apa yang saya boleh lakukan lebih baik adalah bersara lebih awal,” katanya.

Ma adalah sebahagian daripada generasi usahawan hartawan yang menjadi kaya sedang China dakapi era digital, dalam masa sama membangunkan antara syarikat paling besar dan berjaya di negara itu dalam masa kurang sedekad.

Beliau juga CEO yang pertama daripada generasi usahawan teknologi untuk bersara. Keputusannya untuk bersara agak ganjil berbanding para pemimpin perniagaan lain di negaranya yang sering menduduki takhta empayar perniagaan mereka sehingga umur 80-an tahun. – AFP

Tags: Jack Ma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jack Ma Hilang?

04/01/2021
0

BILIONAIR China dan Pengasas Alibaba Group Jack Ma dipercayai hilang selepas gagal memunculkan diri semasa episod akhir talent show Jack...

AS Akan Lebih Terkesan Dalam Perang Perdagangan

10/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Perang perdagangan membabitkan dua kuasa ekonomi dunia ketika ini dilihat bakal memberi kesan lebih buruk kepada Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd