• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur, 3 Remaja Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Rogol

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang penganggur dan tiga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah di Arau, awal bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Adam Izzudin Asri, 20 dan tiga remaja berusia 15 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Johari Hassan.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 10 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Arau antara jam 3 pagi hingga 6 pagi pada 2 September lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala semua tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Hakim Johari kemudian membenarkan Muhammad Adam diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala tiga lagi tertuduh RM7,000 juga masing-masing seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

NSTP sebelum ini melaporkan empat lelaki ditahan polis pada 13 September lalu selepas merogol seorang kanak-kanak perempuan bergilir-gilir di sebuah rumah di Arau.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan selepas gurunya memaklumkan perkara berkenaan kepada ibu bapanya.

Kanak-kanak terbabit dirogol secara bergilir-gilir di dalam bilik di rumah terbabit sebelum mereka menghantarnya pulang pada awal pagi. – BH Online

Tags: kanak-kanakkes rogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ejen Khas FBI Hadir Kes Najib

Next Post

KiniTV, 2 Pengarah Dilepas Dan Dibebaskan

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Next Post

KiniTV, 2 Pengarah Dilepas Dan Dibebaskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd