• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaki Hilang Di Gunung Singai Ditemukan Selamat

oleh
23/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini berjaya menemukan seorang remaja yang dilaporkan hilang di Gunung Singai di sini sejak 17 September lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii yang turut bertindak sebagai komander operasi berkata, mangsa Stanley Khoo berusia 22 tahun berjaya ditemukan pada jam 8.40 pagi dan jaraknya dari Pos Kawalan Bomba (PKB) hanya 300 meter.

Namun, katanya, laluan dari PKB ke lokasi mangsa perlu mendaki dengan kecuraman 80 darjah.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan lemah dan dibawa turun pada sekitar jam 9 pagi menggunakan tali,” kata Tiong.

Sebelum itu, menurut Tiong pada sekitar jam 8.10 pagi penduduk kampung berdekatan ada mendengar suara meminta tolong sebelum memanggil pasukan SAR untuk ke lokasi bagi mendapatkan mangsa.

Tiong berkata mangsa yang lemah dan lapar telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Borneo di Kuching untuk mendapatkan rawatan.

Mengulas kejayaan menemukan mangsa, Tiong berkata ini berkat kerjasama daripada semua agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang turut serta dalam operasi tujuh hari itu.

Operasi SAR hari ini turut disertai pasukan bomba dan penyelamat, APM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Rejimen Sempadan, Kelab Kembara Anak Sarawak, REDS (Radio Amatuer) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM). – BERNAMA

Tags: HILANGpendaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Britain berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke...

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd