• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemecatan Teong Kim Kerana Beliau Bukan Di Bawah Kontrak FAM

oleh
29/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemecatan Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) negara oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, dibuat kerana bekas pemain kebangsaan itu bukan di bawah kontrak badan induk berkenaan.

Setiausaha Agung FAM, Michael Stuart Ramalingam berkata badan induk itu secara rasmi menamatkan khidmat Teong Kim selepas kempen Malaysia berakhir pada ​​​​​​​Kejuaraan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 yang sedang berlangsung di sini.

“Beliau (Teong Kim) dan FAM tiada kaitan sama sekali kerana beliau kakitangan dilantik Kementerian Belia dan Sukan, dan bukannya FAM,” kata Ramalingam seperti dipetik dalam kenyataan yang dikeluarkan FAM, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramalingam menegaskan penamatan khidmat Teong Kim sebagai ketua jurulatih skuad B-16 dan juga ketua jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) adalah dua isu berbeza.

“Mengenai PPBN, FAM sedang dalam perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan kementerian mengenai penilaian semula program itu berikutan keputusan ini,” kata Ramalingam.

“Sebelum ini, FAM tidak pernah terlibat atau berunding dalam elemen teknikal mengenai program itu,” katanya.

Ramalingam, bagaimanapun berkata FAM memberi sokongan penuh kepada PPBN dalam melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berbakat dalam kalangan usia muda.

“Kita merasakan ini projek yang hebat, tetapi kita ingin menekankan perlunya penilaian semula supaya semua pihak mendapat apa yang diinginkan selari dengan matlamat mencapai keputusan yang diharapkan,” katanya.

“Keputusan dibuat FAM itu demi kepentingan dan pembangunan bola sepak di Malaysia. Kita ingin bekerjasama dengan semua pihak dalam mewujudkan suasana lebih positif dan kondusif yang mungkin masih kurang sebelum ini,” tegas Ramalingam.

Semalam, FAM memutuskan untuk menamatkan khidmat Teong Kim selepas Malaysia gagal mara ke peringkat kalah mati Kejuaraan B-16 AFC 2018 susulan tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan dibuat badan induk bola sepak negara itu, bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial yang menggesa FAM menimbang semula keputusan tersebut. – BERNAMA​​​​​​​​​​​​​​

Tags: Lim Teong Kim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nasib Tiong Kim Masih Di Atas Pagar

16/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kedudukan Lim Teong Kim selaku Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di bawah Program Pembangunan Bola...

Khairy Pertahan Gaji Teong Kim

30/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan keputusan kementeriannya membayar gaji sehingga RM175,000 sebulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd