• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Operasi Rugi RM49,000 Bahana Macau Scam

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pembantu operasi syarikat milik kerajaan negeri kerugian RM49,000 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam pada hujung bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 56 tahun itu mendakwa dihubungi seorang wanita pada 31 Ogos lalu memberitahu dirinya mempunyai pinjaman RM70,000 di sebuah bank.

Katanya, mangsa juga dimaklumkan bayaran balik pinjaman itu telah tertunggak sebanyak RM3,885 menyebabkan dirinya panik.

“Mangsa diminta membuat laporan polis di Seremban dalam tempoh dua jam jika tidak mahu namanya disenaraihitamkan. Bagaimanapun, panggilan itu kemudiannya dikatakan disambungkan ke balai polis itu bagi memudahkannya.

“Mangsa yang bercakap dengan ‘Sarjan Lau’ kemudiannya ditakutkan kononnya bersubahat dengan pengurus bank di Kuantan dalam jenayah pengubahan wang haram dan dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa diminta untuk melaporkan pergerakannya setiap dua jam menggunakan telefon bimbit sebelum diarahkan memindahkan wang ke dalam akaun bank kononnya milik mahkamah bagi tujuan siasatan.

Mangsa melakukan transaksi pemindahan wang sebanyak dua kali pada pagi 3 dan 4 Sept lalu, dan sejak itu, telah gagal menghubungi ‘inspektor’ yang dikatakan mengendalikan kes itu.

Mohd Wazir berkata mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Macau Scampembantu peribadi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd