• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Isytihar Menang Di Maldives, Tewaskan Sekutu China

oleh Haris
24/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMERINTAH Maldives bakal menjadi rakan China terbaru yang tewas dalam pilihan raya, selepas pihak pembangkang negara itu mengisytiharkan menang dalam pilihan raya umum diadakan semalam.

Penyokong pemimpin pembangkang Ibrahim Mohamed Solih berkumpul di jalan raya meraikan kemenangan, selepas beliau mendakwa sudah menewaskan Presiden Abdulla Yameen.

Ibrahim ialah calon presiden gabungan parti-parti pembangkang, yang mendakwa telah menang dengan kelebihan 16 peratus undi, semasa kiraan mencapai 92 peratus jumlah undi.

Pembangkang yang mesra Barat terdiri daripada Parti Demokratik Maldives, Parti Jumhooree dan Parti Adhaalath.

Beliau telah menggesa Abdulla menerima kehendak rakyat dan mengaku kalah.

Suruhanjaya pilihan raya Maldives belum mengumumkan keputusan rasmi, dan hanya akan mengumumkan keputusan pada Isnin.

Ibrahim, yang terkenal dengan gelaran Ibu, berkata mesej yang jelas dari rakyat sudah disampaikan.

Pilihan raya ini mendapat perhatian China dan India serta negara-negara Barat yang melihat pengaruh Beijing semakin mengukuh di negara kepulauan itu.

China telah terlibat dalam pembinaan infrastruktur berbilion dolar di Maldives, termasuk jambatan menghubungkan ibu negaranya Male dengan sebuah lapangan terbang antarabangsa utama Maldives di Pulau Hulhule.

Infrastruktur dikenali Jambatan Persahabatan Maldives-China ini dirasmikan oleh Presiden Abdulla pada Ogos lalu.

Dalam lawatan Abdulla ke Beijing bertemu Xi Jinping Disember lalu, kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan infrastruktur sebagai sebahagian projek Belt and Road.

Kedua-dua negara menandatangani 12 perjanjian meliputi pelbagai bidang.

Amerika Syarikat dan Eropah turut bimbang dan mengkritik suasana demokrasi di Maldives yang didakwa disekat oleh pemerintah yang pro-China.

Perkembangan di Maldives ini menunjukkan kesungguhan pesaing China mempengaruhi pilihan raya untuk membantu menewaskan calon yang mesra China.

Maldives ialah salah satu lokasi terpenting dalam projek pembangunan Belt and Road Initiative yang meliputi seluruh rantau Lautan Hindi, Asia Pasifik hingga ke Eropah. – Agensi/Mynewshub.tv

Tags: ChinaMaldives
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd