• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Didakwa Edar Dadah Methamphetamine

oleh Ahmad Albab
13/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat lebih satu tan di Jelutong, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Ooi Beng Leng, 47, di hadapan Majistret L. Umma Devi.

Dia didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1,065,575 gram di alamat No 51, Jalan Perusahaan Jelutong, di sini pada pukul 4.40 petang, 31 Ogos lepas.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Michael KL Chee didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Semakan 1980) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh tidak diikat jamin dan menetapkan 16 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi semakan laporan kimia. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Edar Dadahpemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd