• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Ditukar Jika Terbabit Kegiatan Judi

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang didapati terbabit dalam kegiatan perjudian, maksiat dan gangsterism.

Ketua Polis negeri, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata masalah berkaitan judi terutamanya judi dalam talian adalah antara isu yang perlu diambil tindakan tegas agar ia dapat dibanteras habis-habisan.

Katanya, beliau akan bertemu dengan semua ketua balai, ketua polis daerah dan pegawai kanan untuk membincangkan masalah itu agar negeri ini dapat bebas dari kegiatan berkenaan.

“Jika ada anggota dan pegawai kita terbabit, saya tidak akan biarkan mereka. Apa yang dilakukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menukarkan ketua polis daerah baru-baru ini, akan saya buat juga.

“Kegiatan judi tidak kira di rumah, pejabat atau kedai, kita ada kuasa untuk ambil tindakan. Malah tindakan terhadap pemilik rumah juga boleh diambil sekiranya mereka didapati menyewakan rumah kepada pihak tertentu untuk menjalankan kegiatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah dan Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Abd Rahim mengambilalih tugas itu daripada Datuk Zainal Abidin Kassim yang kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Gerakan/Pasukan Gerakan Am Bukit Aman.

Manakala Datuk Mat Kasim Karim pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah menggantikan Datuk Sahabudin Abd Manan yang kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah I Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman.

Majlis Serah Terima Tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sementara itu, Abd Rahim berkata, beliau akan memberi penekanan dalam membasmi kegiatan dadah dan jenayah terutamanya membabitkan kegiatan di kawasan sempadan.

“Saya akan mengkaji semula tempoh perkhidmatan anggota yang sepatutnya bertugas di sempadan dan berapa lama tempoh mereka berkhidmat di kawasan itu.

“Bagi saya, tempoh perkhidmatan tidak lebih dua tahun di sempadan adalah yang terbaik sebelum menukarkan anggota berkenaan kepada tugas lain,” katanya.

Katanya, setakat ini jumlah anggota polis yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand adalah mencukupi kerana mereka turut dibantu Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA). – BH Online

Tags: anggota polisJUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd