• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Tunai Haji Bawa Balik Anak Kucing

oleh
06/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Kehidupan seekor anak kucing yang sakit dan tidak boleh berjalan di Madinah berubah sekelip mata apabila satu pasangan dari Kanada, Don dan Amany Trim menemui haiwan itu ketika mengerjakan haji sebelum membawanya pulang ke negara asal mereka.

Pasangan berkenaan menemui anak kucing hitam itu yang dinamakan Zamzam pada hari pertama mereka tiba di kota Madinah.

Pada mulanya pasangan suami isteri dari Poland, Ozkan dan Beata menemui anak kucing itu yang disisihkan ibunya di luar Hotel Crown Plaza.

Pasangan itu kemudiannya membawa anak kucing itu ke bilik hotel mereka sebelum membeli susu untuk memberinya minum.

“Beata dan Ozkan akan meninggalkan hotel itu pada keesokan harinya dan mereka meminta kami untuk menjaga kucing itu,” kata Don kepada agensi berita Arab News.

Amany berkata, beberapa orang memberitahu, kucing itu harus tinggal di Madinah kerana ia lahir di kota berkenaan.

“Kami berusaha untuk mencari tempat tinggal untuk kucing ini di Madinah tetapi gagal. Namun, kami yakin ini tanda Allah SWT mahu kami menjaga kucing Zamzam,” jelasnya.

Kata pasangan itu lagi, mereka berdepan dengan pelbagai prosedur rumit termasuk pemeriksaan perubatan untuk membawa Zamzam pulang ke Kanada tetapi dengan bantuan pegawai Arab Saudi hasrat mereka menjadi kenyataan.

“Syukur pada Allah, akhirnya Zamzam gembira dengan suasana baru di Kanada. Ia juga sudah dibawa berjumpa doktor haiwan dan diberi diet yang sesuai.

“Zamzam akan sentiasa menjadi kenangan kami sepanjang berada di tanah suci dan kami tidak akan lupa pengalaman indah di sana,” kata Don. – Agensi

07hmcatty

DON mendukung Zamzam ketika menunggu penerbangan untuk pulang ke Kanada selepas menunaikan haji di Arab Saudi. – Agensi

Tags: anak kucingjemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Kucing Terselamat Walaupun Di Celah Ratusan Kenderaan Berat

Anak Kucing Terselamat Walaupun Di Celah Ratusan Kenderaan Berat

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub SEBUAH rakaman tular hari ini memaparkan detik cemas seekor anak kucing kecil yang ditemui masih hidup walaupun berada...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd