• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Gentar 6 Penjuru PRK Port Dickson

oleh
28/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – PAS tidak gentar menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson meskipun perlu berdepan tokoh politik seperti Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dalam kemungkinan pertandingan enam penjuru.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun ada dakwaan mengatakan calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar bukan tandingan Anwar, beliau yakin faktor kemenangan di PRK itu pada 13 Okt nanti akan ditentukan oleh undi daripada rakyat.

“Yang akan menentukan kalah menang adalah rakyat…kita kena sedar meskipun dengan satu undi ia boleh membawa kemenangan.

“Kita pernah menghadapi saingan yang lebih besar sebelum ini. PAS pernah mengalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1969 di Kota Setar Selatan..jadi ia tidak mustahil (untuk PAS menang),” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila di sini hari ini.

Mohd Nazari, Ketua PAS Bahagian Tenggara di Johor pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dan pernah tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 dan DUN Panti pada PRU14.

Mengulas pemilihan Mohd Nazari sebagai calon serta prestasinya dalam politik, Abdul Hadi berkata ia calon yang tepat mengambil kira latar belakang beliau seorang bekas tentera dan Port Dickson sebagai bandar angkatan tentera.

“Meskipun beliau bukan orang tempatan, pemilihan beliau sebagai calon turut disokong oleh pihak NGO, pemimpin politik yang lain dan kita juga mendapat sokongan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bersedia turun padang menjadi jentera pada PRK nanti.

“Prestasi beliau sebelum ini juga tidak akan mempengaruhi pada PRK kali ini kerana ketika itu Mohd Nazari bertanding di Johor, yang ketika itu masih menjadi kubu kuat Barisan Nasional dan UMNO ,”katanya.

Abdul Hadi juga berkata keputusan Isa yang berhasrat bertanding sebagai calon Bebas pada PRK itu juga tidak mempengaruhi undi PAS, malah berharap undi orang UMNO akan berpihak kepada PAS.

Ditanya sama ada PAS berkecil hati kerana BN dan UMNO dilihat memboikot PRK itu dan dijangka tidak turun membantu kempen calon PAS, Abdul Hadi berkata : Kita tidak berkecil hati…dalam politik kita tak boleh bermusuh dan berkawan selama-lamanya,”katanya. – BERNAMA

Tags: PASPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd