• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Fokus Pengundi Cina Dan Kelas Pertengahan

oleh
01/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Hanya tinggal seminggu lagi tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, PAS kini mempergiatkan kempen dengan memberi fokus untuk meraih undi dalam kalangan pengundi Cina dan golongan kelas pertengahan.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, jentera kempen dikerahkan untuk meliputi semua kawasan di Seri Setia dan juga membuat kunjungan dari rumah ke rumah sebelum tempoh kempen berakhir menjelang hari mengundi Sabtu depan.

“PAS melahirkan penghargaan kepada UMNO, MIC serta badan bukan kerajaan yang turut serta turun padang berkempen untuk calon PAS, Dr Halimah Ali,” katanya pada sidang media di pejabat PAS Selangor, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, keseluruhan jentera kempen yang mewakili blok pembangkang dari setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak juga telah tiba di sini untuk memperhebatkan lagi kempen PRK itu.

“Sebagaimana dimaklumkan kepada saya, sekurang-kurangnya 50 orang dari satu negeri datang untuk membantu kita dan ditugaskan mengikut perancangan program kempen di setiap zon,” katanya.

Kerjasama yang diberikan diyakini akan mengukuhkan kuasa politik semak dan imbang khususnya di Selangor yang mempunyai bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan (PH) yang begitu besar,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta petugas PAS untuk melipatgandakan usaha meraih undi di Seri Setia.

Katanya, kemenangan calon PAS di Seri Setia adalah penting untuk memberi isyarat kepada PH supaya tidak memandang enteng terhadap janji-janji yang ditabur pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

Dr Halimah akan berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon PH Halimey Abu Bakar pada 8 Sept ini berikutan kekosongan kerusi DUN Seri Setia selepas kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat barah usus, 2 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: PASTuan Ibrahim Tuan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd