• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Rumah Kelab Menembak Selangor Digantung Sementara

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM Operasi rumah kelab Persatuan Menembak Selangor di Subang digantung buat sementara waktu berikutan kegagalan pihak pengurusannya mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihak Bukit Aman mengeluarkan perintah penggantungan itu bagi membolehkan prosedur tersebut dirangka semula dan diperketat.

“Ada beberapa peraturan yang tidak dipatuhi (pihak kelab) maka dengan itu kita ambil keputusan untuk gantung sementara sehingga satu prosedur yang ketat dapat diwujudkan supaya tidak berlaku kepincangan pada masa akan datang.

“Sebab ini melibatkan hal lapang sasar, senjata api dan nyawa manusia, sebab itu kita kena tegas, tambahan pula sebelum ini beberapa amaran telah diberikan kepada pihak pengurusan kelab namun mereka gagal mematuhinya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris melaporkan kira-kira 20 penembak negara yang menyertai Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) ke-42 di Taiwan bulan depan, tidak mempunyai senjata dan tempat latihan berikutan penutupan operasi rumah kelab itu.

Rumah kelab tersebut dipercayai menjadi venue latihan rasmi pasukan penembak negara.

Mazlan dalam pada itu mengingatkan lapang-lapang sasar di Selangor supaya mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan pihak polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Isu senjata api ini ialah isu keselamatan, kalau hilang senjata api akan gugat keselamatan dan ketenteraman awam, sebab itu segala peraturan yang telah kita tetapkan perlu dipatuhi dan dilaksanakan dengan betul,” katanya. – BERNAMA

Tags: polisRumah Kelab Menembak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PTPTN: Tunai Janji Segera Jika Pernah Lafaz Akad, Kontrak

Next Post

Anggota PDRM Resah Gaji Lewat

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Anggota PDRM Resah Gaji Lewat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd