• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Mahu Bekal Air Bersih Untuk Pelarian Rohingya

oleh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 60,000 pelarian Rohingya di kem pelarian mega Balukhali/Kutupalong di wilayah Ukhia, Cox’s Bazar, Bangladesh akan menerima bekalan air selamat diminum menjelang Disember depan.

Ia susulan kerjasama Pasukan Tindakan dan Kebajikan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) untuk membina lima sistem rawatan air medan SafeWhere di kem pelarian terbesar di rantau Asia itu.

Setiap sistem rawatan air berkuasa solar yang dibangunkan IMARET dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berupaya membekalkan 12,500 liter air sehari untuk kegunaan 6,000 pelarian.

Koordinator IMARET, Dr Ahmad Munawar Helmi, berkata kerjasama dengan MVM yang akan mengumpul dana melalui kempen di media sosial bakal menyaksikan 10 sistem rawatan air SafeWhere dibina di Cox’s Bazar.

Katanya, ini menjadikan kesemua 60,000 pelarian bakal mendapat manfaat bekalan air selamat diminum dalam sehari iaitu bersamaan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan 600,000 populasi pelarian Rohingya di wilayah itu.

“Kami mendapati sumber air tercemar adalah punca penyakit bawaan air di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.

“SafeWhere membekalkan air selamat diminum dan bukan sekadar air bersih untuk kegunaan harian,” katanya pada sidang media khas mengenai kerjasama MVM-IMARET untuk mengumpul dana SafeWhere di Pejabat Urusan MVM di Puchong, dekat sini pada Rabu.

Presiden MVM, Muhammad Jantan, berkata pihaknya akan menjalankan kempen pengumpulan dana sasaran RM300,000 bagi membina sistem rawatan air berkuasa solar itu melalui media sosial mulai hari ini.

Beliau berkata MVM bekerjasama dengan IMARET kerana penyediaan sistam rawatan air itu akan memberi manfaat jangka panjang kepada pelarian Rohingya di Bangladesh selain sejajar dengan matlamat MVM untuk membantu komuniti terpinggir dalam aspek pembangunan.

“Kita juga akan menghantar sepasukan sukarelawan dalam masa terdekat untuk mengenal pasti lokasi sesuai sebelum penghantaran misi utama yang dijangka dilaksana pada hujung tahun ini.

“Kerjasama ini bukan sekadar membina sistem rawatan air tetapi bertujuan meningkatkan kesedaran umum tentang perbezaan antara air selamat diminum dengan air bersih untuk kegunaan harian,” katanya.

Kebanyakan telaga tiub yang terdapat di kem pelarian hanya membekalkan air bersih untuk kegunaan harian dengan sebahagian daripadanya tercemar kerana telaga tiub terbabit dibina tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

IMARET sebelum ini memasang lima sistem rawatan air SafeWhere, termasuk satu di Hospital Medan Malaysia pada Ogos lalu, untuk kegunaan pelarian Rohingya dan komuniti setempat.

Lebih 700,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos tahun lalu ekoran operasi tentera Myanmar di wilayah utara Rakhine yang menggemparkan masyarakat dunia.

Mana-mana pihak yang ingin menyokong kempen ini boleh melayari laman sosial Facebook dan Instagram MVM serta IMARET selain melayari laman sesawang www.mvm.org.my. – BERNAMA

Tags: Etnik Rohingya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LazStar Academy Buat Penampilan Sulung

Next Post

Saya Terbuka, Sedia Dikritik – Hamidin

Related Posts

Malaysia Terus Diceroboh Etnik Rohingnya

03/05/2022
0

ALOR SETAR : Isu kebanjiran etnik Rohingya tidak nampak jalan penyelesaian apabila perairan negara terus `diceroboh’ etnik beraal dari Myanmar...

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

Next Post

Saya Terbuka, Sedia Dikritik - Hamidin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd