• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neymar Kedah Diburu 3 Kelab Ternama

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bintang muda Kedah, Akhyar Rashid menjadi buruan dua kelab Liga Super dan satu kelab Liga 1 Thailand yang berminat mendapatkan khidmatnya musim depan.

Menurut sumber rapat pemain yang digelar ‘Neymar Kedah’ berusia 19 tahun itu, wakil dua kelab tempatan itu sudah mengadakan proses perbincangan dan menunjukkan minat dengan tawaran masing-masing.

“Hasil rundingan, mereka memberikan tawaran hebat demi masa depan kerjaya Akhyar yang dilihat sangat berpotensi dalam industri bola sepak yang sangat kompetitif sekarang ini.

“Selain dua kelab tempatan, kelab ternama Thailand yang kini menduduki antara tangga terbaik carta Liga 1 Thailand juga menunjukkan minat dan menyatakan hasrat melalui rundingan.

“Ini juga satu peluang yang dimaklumkan kerana jika seseorang pemain itu sudah mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand, maka peluang lebih cerah untuk melebarkan cita-cita beraksi di Liga Jepun.”

Sumber itu menyatakan Akhyar tidak menyangka dia kini ‘meletup’ di pasaran dan menghargai setiap tawaran yang diterima walaupun menerima kritikan dan pujian peminat ketika ini.

“Sebagai pemain Kedah, Akhyar tetap menghormati majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kerana dia masih mempunyai kontrak setahun.

“Sudah pasti dia akan merujuk terlebih dahulu dengan persatuan sebelum memikirkan apa-apa tawaran.” – BH Online

Tags: Akhyar Rashidkelab ternama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akhyar Rashid Sah Jadi Milik JDT

29/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Bintang muda negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid akhirnya menyertai pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti dijangka. Pengarah...

Singa Utara Idam Akhyar Rashid Pula

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Saham pemain muda negara, Akhyar Rashid ketika ini memang tinggi apabila dia turut menarik minat Perlis bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd