• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Rekod 2,480 Kes HFMD

oleh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 2,480 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari awal Januari sehingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 273.5 peratus berbanding 664 kes pada tempoh yang sama, tahun lepas.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,698 kes di daerah Seremban, Port Dickson (210), Jempol (192), Kuala Pilah (127), Rembau (109), Jelebu (83), dan 61 kes di Tampin.

Pada minggu ke-36 , bilangan kes HFMD dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 51 kes menunjukkan peningkatan lima kes berbanding dengan kes dilaporkan pada minggu ke-35 dan terdapat sebuah prasekolah masih ditutup iaitu PASTI Asy-Syafe’e Wa Tahfiz di Kg Jijan, Labu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata bagi kes demam denggi sebanyak 986 kes direkodkan di negeri ini dari Januari sehingga Sabtu lepas.

Daripada jumlah itu, 767 kes dilaporkan di daerah Seremban, Port Dickson (56), Jempol (52), Tampin (45), Kuala Pilah (23), Rembau (22), dan 21 kes di Jelebu.

“Jumlah kes itu menunjukkan penurunan sebanyak 1,578 kes berbanding 2,564 kes pada tempoh yang sama, tahun lepas.

Jumlah kumulatif kes kematian denggi di negeri ini sehingga Sabtu lepas sebanyak satu kes, berbanding 11 kes pada tempoh yang sama bagi 2017,” katanya

Veerapan berkata lokaliti wabak masih aktif sehingga Sabtu lepas ialah 11 lokaliti, dengan kesemuanya di Seremban.

“Oleh kerana bilangan kes kumulatif yang tinggi, maka aktiviti pencegahan dan kawalan dipergiatkan lagi pada masa ini dengan menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes.

“Selain itu aktiviti ‘larviciding’ (memusnahkan larva), semburan pengasapan, Ops Gempur Aedes, promosi kesihatan dan gotong-royong membersihan kawasan perumahan yang melibatkan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd