• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Dilanda ‘Bencana Sosial’ Perlu Ditangani Bersama

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Masyarakat di negara ini tidak lagi diuji dengan bencana alam malah terpaksa mengharungi bencana ‘sosial’ yang memerlukan perhatian semua pihak untuk ditangani bersama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata sejak mengambil alih jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas, banyak masalah sosial yang terpaksa diharungi beliau termasuk kes melibatkan kanak-kanak menjadi mangsa pedofilia dan gangguan seksual.

“Apabila kanak-kanak kahwini (orang dewasa), maka berlakunya perlakuan seksual pedofil yang kena tangani bersama.

“Justeru, negara kita tidak lagi diuji oleh bencana alam, malah bencana ‘sosial’ yang mungkin kita tidak dapat dilihat dengan (mata kasar) berbanding bencana alam yang boleh dilihat dengan mata nyata,” katanya ketika berucap merasmikan majlis makan malam amal Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) di sini, malam ini.

Turut hadir Presiden IMAM Dr Jeffrey Abu Hassan.

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah memuji inisiatif IMAM mendirikan Rumah Solehah untuk melindungi wanita dan kanak kanak yang dijangkiti dengan HIV/AIDS sejak 1998.

Katanya rumah itu yang ditubuhkan dengan kerjasama ahli agama dan Kementerian Kesihatan, menjadi model cara Islam menangani wabak jangkitan HIV/AIDS.

Beliau juga melahirkan penghargaan terhadap usaha murni IMAM yang banyak terlibat dalam aktiviti kesukarelawan dengan memberikan rawatan kesihatan dan pergigian untuk membantu kelompok masyarakat yang terpinggir terutama kaum pelarian Rohingya di tanah air dan di Cox Bazaar, Bangladesh.

“Di peringkat antarabangsa pula, beberapa orang ahli IMAM telah menerajui Gabungan Persatuan-Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA) yang merangkumi 50 buah negara,” katanya.

Dr Wan Azizah menarik perhatian IMAM sedang bekerjasama dengan FIMA untuk menyalurkan air bersih dan selamat ke kawasan-kawasan yang memerlukan sumber itu di serata dunia melalui projek ‘FIMA Safe Water’.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada IMAM yang ditubuhkan pada 1990 yang terus menjadikan suaminya yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penaung persatuan itu selain terlibat secara langsung dalam penjagaan kesihatan Anwar semasa dalam tahanan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Ambil Tindakan Terhadap Wakil Rakyat Keluar Parti

Next Post

Pasar Raya Besar Main Peranan Tentukan Harga Barang Keperluan

Related Posts

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

27/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei...

Dr Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi

26/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar...

Next Post

Pasar Raya Besar Main Peranan Tentukan Harga Barang Keperluan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd