• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazirul Izzat Bersemangat Hadapi Perlumbaan Di Perlis

oleh
19/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAZIRUL Izzat Bahauddin semakin bersemangat untuk menghadapi perlumbaan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM PETRONAS 2018 di Kangar, Perlis, minggu ini selepas pulang menimba ilmu permotoran di kem Akademi VR46 milik bintang MotoGP, Valentino Rossi.

Pelumba CP115 pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu telah terpilih ke Itali bersama seorang lagi pelumba muda Yamaha, Md Aiman Tahiruddin dan turut disertai dua pelumba dari Jepun dan Indonesia.

“Banyak ilmu dan perkara baru yang dipelajari sepanjang berada di Itali dan saya harap ia dapat meningkatkan lagi prestasi saya di Perlis minggu ini,” jelas Nazirul yang kini berada di kedudukan keenam keseluruhan kategori CP115 dengan 51 mata termasuk satu podium di tempat ketiga di Temerloh.

“Peluang bertemu Rossi sendiri yang sempat berkunjung ke kem ini juga sangat bermakna. Selain tunjuk ajar jurulatih di akademi VR46, Rossi juga sempat berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada kami.”

Tambahnya, “Walaupun masih penat dengan jadual latihan dan penerbangan yang jauh, saya yakin ia tidak akan menjejaskan prestasi saya nanti. Tempoh rehat sejak tiba di Malaysia semalam cukup untuk membantu fizikal saya berada pada tahap terbaik. Tentang jentera, saya tidak bimbang kerana jurutera dan kru pasukan sentiasa menyediakan yang terbaik.

Selepas lima pusingan, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) kini mengungguli kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 113 mata diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez dengan 73 mata sambil diekori rapat Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan 71 mata. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd