• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi Ganja Menu Baharu Tawau

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kewujudan warung Cafe Ibu di Batu 8, Jalan Ranggu di sini sejak awal tahun ini disajikan dengan menu unik iaitu nasi ganja bersambal lalap menjadi satu tarikan baru kepada penduduk sekitar Tawau.

Pemilik warung tersebut Rohana Talib, 58, berkata kelainan nasi ganja Tawau ini terletak pada sambal tomato, telur mata atau telur masin, ayam goreng serta nasinya yang dicampur lima perasa kuah.

“Resipi nasi ganja ini disaji mengikut selera orang Tawau serta sambal lalap ditambah untuk kelainan dan dijual dengan harga RM6 sahaja,” katanya ketika dikunjungi Bernama di warungnya.

Rohana berkata, minat suaminya Abd Hamid Mohd Noor, 68, terhadap menu nasi ganja di Perak mendorongnya untuk mengolah resipi sendiri nasi ganja dan menjualnya di Cafe Ibu.

“Suami saya sangat minat dengan menu ini dan jika berkunjung ke Perak, suami hanya akan cari dan makan nasi ganja,” katanya yang mereka suami isteri merupakan bekas pekerja bank.

Dalam pada itu, Rohana berkata menu berkenaan mendapat sambutan baik dari penduduk setempat serta penduduk daerah luar.

Pemilik warung tersebut Rohana Talib, 58 (kiri) bersama suami, Abd Hamid Mohd Noor, 68 di hadapan warung Cafe Ibu di Tawau. – Foto BERNAMA
“Sambutan pelanggan baik, sehingga ada pelanggan mengukir perkataan sedap di pinggan selesai makan,” katanya yang mula berniaga nasi ganja sejak Ramadan lalu dengan bantuan dua pekerja di warung tersebut.

Beliau berkata terdapat perancangan lain untuk mengembangkan perniagaan makanannya termasuk nasi ganja Tawau ini iaitu berniaga menggunakan trak makanan.

“Kaedah berniaga ini dilihat lebih santai dan boleh mencari pelanggan tetap tidak pada satu tempat sahaja,” katanya lagi. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Nasi GanjaTawau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Lebat Bertembung Air Pasang Di Tawau

Hujan Lebat Bertembung Air Pasang Di Tawau

21/08/2024
0

TAWAU : Hujan lebat bertembung dengan air pasang besar seawal jam 5 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sini termasuk...

PRU15: GRS Menang Parlimen Tawau

PRU15: GRS Menang Parlimen Tawau

19/11/2022
0

TAWAU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Lo Su Fui, menang di kerusi Parlimen Tawau selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Christina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd