• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabil Bakal Timang Anak Lagi

oleh
12/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 34, mengakui teruja apabila doktor mengesahkan isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, kini hamil lima minggu.

Nabil berkata, berikutan kedua-dua puteri mereka sudah pun besar, justeru kehadiran cahaya mata ketiga yang dijangka kelahirannya pada Jun tahun depan sangat dinantikan.

“Jika diikutkan perancangan keluarga, kami mahu jarakkan anak setiap dua tahun. Dua anak pertama kami pun sudah besar, jadi rezeki cukup bermakna Allah berikan ini dikira tiba pada masa sangat sesuai.

“Alhamdulillah, selepas isteri membuat pemeriksaan doktor semalam, kandungannya sudah mencecah lima minggu,” katanya kepada BH Online.

Tambah Nabil, dia berharap kali ini mereka dikurniakan anak lelaki pula selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

Calon beberapa kategori Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 itu turut memberitahu dirinya mahu sekurang-kurangnya lapan anak kerana yakin kemeriahan keluarga lebih dirasa dengan zuriat yang ramai.

“Adik-beradik saya sendiri ada tujuh orang, jadi kalau boleh saya mahu memiliki sekurang-kurangnya lapan anak. Apapun, semua itu terpulang pada rezeki yang diberikan.

“Paling penting, semoga isteri dipermudahkan menjalani proses kehamilannya. Doakan kami ya!” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. – BH Online

Tags: Nabil Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nabil Minta Maaf Campak Tanjak

15/07/2019
0

“TIDAK menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita, terutama sekali tanjak yang saya pakai,” luah pelakon, pelawak...

Nabil Bersyukur Diiktiraf Pengacara Terbaik Asia

20/10/2018
0

TAHNIAH... Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila terima anugerah Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards berlangsung di Cannes,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd