• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muktamar Tahunan PAS Bermula

oleh Ahmad Albab
13/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hari ini, bermulalah Muktamar Tahunan PAS Ke-64 yang dinanti-nanti, dengan Muktamar Dewan Ulama PAS menjadi pembuka tirai pagi ini di Hotel Permai, di sini.

Muktamar Dewan Pemuda PAS juga akan berlangsung bermula petang ini di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, di sini, dengan muktamar selama empat hari ini dijangka menjadi yang paling panas dalam sejarah muktamar PAS.

Muktamar Ulama PAS pagi ini bakal dirasmikan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, manakala Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan membuka tirai mesyuarat perwakilan Pemuda PAS.

Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri muktamar yang kemuncak acaranya iaitu Muktamar PAS Pusat akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, bermula Sabtu ini.

Muktamar Dewan Muslimat PAS pula akan bermula esok di Taman Tamadun Islam, di sini

Muktamar kali ini dilaporkan bakal menjadi pencorak hala tuju parti berteraskan Islam itu dalam membentuk hubungan kerjasama dengan parti pembangkang termasuk UMNO yang menjadi seteru politik PAS selama ini.

Pastinya apa yang menjadi tumpuan ramai dalam muktamar kali ini ialah ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS Pusat Sabtu ini, dalam mencatur apa yang diuar-uarkan sebagai kerjasama politik baharu itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin parti pembangkang yang sudah mengesahkan untuk hadir dan secara ‘berdepan’ berpeluang mengikuti ucapan Abdul Hadi. – BH ONLINE

Tags: Muktamar PASTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd