• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Aqil Raja Pecut Sukma 2018

oleh
19/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Atlet Selangor Muhammad Aqil Yasmin meraih gelaran raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018 selepas mengungguli acara 100 meter lelaki dengan catatan 10.39 saat pada aksi yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, hari ini.

Muhammad Aqil membuktikan kemampuannya untuk mengetepikan dua pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan (10.43s) yang meraih pingat perak dan atlet Terengganu, Muhammad Zulfiqar Ismail (10.46s) yang sekadar berpuas hati dengan gangsa.

Menurut Muhammad Aqil, larian sempurna yang dilakukan beliau hari ini, sekali gus memadamkan catatan peribadi terbaik diciptanya dua tahun lalu pada Sukma Sarawak dengan masa 10.48s.

“Syukur hari ini saya dapat perbaiki catatan masa saya. Program latihan dirangka jurulatih, Simon Lau ternyata berhasil dan semua nasihat serta tunjuk ajar beliau saya lakukan.

“Antara nasihat beliau, kekal fokus semasa larian sehingga ke garisan penamat,” katanya kepada Bernama selepas perlumbaan.

Dalam acara 100m wanita pula, pelari pecut Terengganu Azreen Nabila Alias berjaya memperbaharui rekod Sukma selama 10 tahun yang dipegang atlet Johor, Siti Fatimah Ahmad dengan catatan 11.82s pada edisi Sukma Terengganu 2008, dengan catatan masa terbaharu 11.81s, sekali gus merangkul emas acara berkenaan.

Pingat perak dan gangsa diraih atlet Sabah, masing-masing menerusi Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (12.17s) dan Ikma Syaffiera Duris (12.28s).

“Saya langsung tidak menyangka akan memecahkan rekod pada hari ini…saya hanya sasar buru pingat emas.

“Kejayaan saya hari ini juga dibantu dengan kehadiran keluarga saya yang datang dari Terengganu untuk memberi sokongan moral,” kata Azreen.

Dalam pada itu, seorang lagi atlet Selangor, Muhammad Ilham Suhaimi turut melakar rekod baharu Sukma dalam acara 400m lelaki selepas melakukan larian bertenaga 47.02s sekali gus meraih emas, mengatasi rekod sebelum ini milik atlet Wilayah Persekutuan, Muhd Zaiful Zainal Abidin (47.34s) yang dilakukan pada Sukma 2002 di Sabah.

Pingat perak diraih atlet tuan rumah, Cheah Yau Chung yang melakukan 47.35s manakala gangsa milik atlet Sabah, Shahrimien Saimoh yang mencatat 47.44s. – BERNAMA

Tags: SUKMA 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Sahkan 19 Maut Kes Keracunan Metanol

Next Post

Syria Tersilap Tembak Jatuh Pesawat Russia

Related Posts

Johor Kekal Rekod Bersih Ujian Doping Sukma Perak

03/10/2018
0

JOHOR BAHRU - Johor mengekalkan rekod bersih apabila kesemua atlet yang mewakili negeri pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak,...

Perak Lakar Kejuaraan Hatrik Bola Sepak SUKMA

19/09/2018
0

IPOH - Perak melakar kejuaraan hatrik acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Kedah 2-1 pada perlawanan akhir temasya...

Next Post

Syria Tersilap Tembak Jatuh Pesawat Russia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd