• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Gesa Woodward Tidak Beli Ronaldo

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE Mourinho menggesa lembaga pengarah Manchester United supaya tidak membeli Cristiano Ronaldo sebaik sahaja bintang Portugal itu memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini.

Pengurus United itu berpendapat bayaran 90 juta pound sterling kepada seorang pemain yang turut menuntut gaji sebanyak 500,000 pound seminggu sebagai pembelian mengarut.

Namun pendirian Mourinho ibarat ‘ditentang secara senyap’ apabila pemain sasarannya Toby ­Alderweireld, Harry Maguire dan Diego Godin tidak dibeli Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward.

Mourinho dilaporkan masih marah dengan Woodward yang turut enggan mengeluarkan belanja untuk membeli sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan selepas kekalahan kepada Brighton dan Tottenham.

Dua kekalahan itu kini menyebabkan dia terpaksa berjuang bersendirian dengan mengharapkan pemain melakukan kejutan ketika bertemu Burnley, Sabtu malam.

Sebelum ini, Woodward didakwa sedia mengeluarkan pelaburan besar untuk membawa Ronaldo kembali ke England.

Namun Ronaldo memilih untuk menyertai Juventus dan akan membuat penampilan semula di Old Trafford ketika bertemu United pada aksi Liga Juara-Juara, Oktober ini.

Mourinho menegaskan beliau antara salah seorang pengurus terhebat tetapi mengakui:”Saya kata pada musim panas apa akan berlaku sebelum perlawanan bermula.”

“Saya tahu ia akan jadi sukar tetapi saya juga tahu musim lepas juga sukar buat kami.

“Pasukan yang bagus adalah pasukan yang memiliki benteng pertahanan yang kukuh,” katanya. – mStar Online

Tags: Jose MourinhoRonaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Gugur Dakwaan Rogol Ronaldo

12/06/2022
0

LOS ANGELES : Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo oleh bekas model dan guru, Kathryn Mayorga....

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd