• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Abd Wahab Dilantik KP Nuklear Malaysia

oleh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dr Mohd Abd Wahab Yusof dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang baharu berkuat kuasa 12 September bagi menggantikan Datuk Dr Mohd Ashhar Khalid yang telah bersara wajib.

Nuklear Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini, memaklumkan Mohd Abd Wahab, yang sebelum ini merupakan Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Alam Sekitar di Nuklear Malaysia, berpengalaman luas dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran serta pengurusan sisa radioaktif.

Mohd Abd Wahab, 58, berasal dari Kampung Salak Tengah, Sepang, Selangor, menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai penyelidik di Nuklear Malaysia pada 1984 dan telah berkhidmat hampir 34 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Nuklear dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau pernah ditempatkan di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dari 1985 hingga 2001 sebagai Pengarah Penilaian, Pengarah Penguatkuasaan, selain pernah menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah.

Mohd Abd Wahab juga pernah menjalankan beberapa misi pakar ke Filipina, Maghribi dan Vienna, Austria di bawah kelolaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). – BERNAMA

Tags: Nuklear
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

18/06/2025
0

VIENNA - Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan tiada bukti Iran sedang membangunkan program senjata nuklear. Kenyataan...

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

05/11/2023
0

MOSCOW: Russia mendakwa berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua yang mampu membawa hulu peledak nuklear dari satu daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd