• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mereka Pangkah PH Kerana PTPTN”

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan pengundi yang memangkah PH pada PRU14 lalu kerana janji manis berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hal demikian, menurut pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Sivamurugan Pandian adalah tidak adil melabel peminjam PTPTN yang gagal membayar hutang sebagai tidak amanah.

Bagaimanapun, Sivamurugan menjelaskan, PH secara praktikal hanya membuat penelitian data menyeluruh selepas mengambil alih kepimpinan pusat baru sedar janji ini sukar dilaksanakan buat masa ini.

“Ya sebab sebilangannya memangkah untuk pastikan hasrat ini (penangguhan bayaran PTPTN) dipenuhi.

“PH pula baru sedar keadaan kewangan meruncing ketika mengambil alih pentadbiran negara, membuatkan janji manifesto ini sukar dilunaskan.

“Walau bagaimanapun, peminjam yang terikat dengan terma perjanjian dan berkemampuan elok tampil dan membayar hutang ini untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan dana tabung pendidikan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Masyarakat USM ini turut mencadangkan agar Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan boleh mengemukakan tawaran baharu kepada peminjam sebagai alternatif kepada janji pilihan raya.

Beliau turut membahagikan beberapa kategori peminjam PTPTN antaranya, membayar ansuran seperti ketetapan PTPTN, membayar ketika mampu dengan perundingan dengan PTPTN yang menyediakan beberapa pakej tetapi ada juga yang menanti untuk tidak membayar agar ia lupus secara automatik seperti janji Pakatan Rakyat pada 2013 dan penangguhan bayaran seperti yang termaktub dalam janji PH, 2018.

“Hakikatnya, ada yang berkemampuan tetapi mengambil sikap tunggu dan lihat, namun ada juga hanya bertindak apabila nama disenarai hitam.

“Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan bebanan bertambah, ada yang sukar mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan sijil mereka dan menjangkakan kemenangan PH akan mengurangkan beban mereka.

“Manakala bagi PH pula, keadaan semasa tidak mengizinkan untuk mereka melaksanakan janji PRU14 sepenuhnya . Peminjam dan pemegang autoriti masing-masing berada dalam dilema,” jelasnya. – Sinar Harian Online

Tags: pakatan harapanPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd