• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Lantik 316 Pengerusi MPKK

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka melantik 316 individu sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung berkuat kuasa 1 Oktober depan.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pelantikan bagi tempoh dua tahun itu dibuat dengan menekankan penglibatan sekurang-kurangnya kuota 30 peratus terdiri daripada golongan wanita.

Beliau berkata pada masa ini mereka akan melantik 288 orang dahulu dan bagi peringkat awal, pelantikan juga hanya melibatkan jawatan pengerusi MPKK manakala pelantikan 13 anggota jawatankuasa lain termasuk setiausaha akan dibuat kemudian.

“Bagaimanapun seramai 28 lagi pengerusi MPKK belum dimuktamadkan dan kita akan bawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu hadapan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Pengerusi MPKK yang dilantik bakal menerima elaun RM500 sebulan dibayar Kementerian Pembangunan Luar Bandar, manakala setiausaha MPKK akan mendapat elaun RM300 sebulan dibayar Bahagian Kampung Baru, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata Pakatan Harapan (PH) Melaka akan memberi tumpuan dalam membantu calon parti itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang dijadual 13 Okt depan.

“Kita telah menggerakkan jentera kita di peringkat negeri memandangkan Melaka merupakan jiran kawasan berkenaan dan kita menyusun jentera dari semua kawasan untuk berkempen kepada rakyat agar terus kekal bersama PH,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya kini sedang melakukan penilaian akhir meliputi pelbagai aspek berhubung keputusan mengambil alih semula pengurusan atau meneruskan penswastaan Zoo Melaka dan Night Safari.

“Setakat ini, kita telah melaksanakan beberapa proses penilaian dan ini sememangnya perlu mengambil masa yang sedikit lama namun kita jangkakan awal Oktober depan, kita sudah ada keputusan muktamad,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariMPKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MPKK Larang Jual Minuman Keras Di Kawasan Majoriti Islam

31/12/2021
0

Kuala Kangsar : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di semua kedai serbaneka di kawasan...

Kerajaan Berubah, MPKK Pun Berubah

13/04/2020
0

PENAMATAN perkhidmatan jawatan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Perak adalah selaras dengan peralihan pentadbiran kerajaan negeri kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd