• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melacurkan Diri: Ibu Tunggal Dihukum Sebat & Penjara

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang ibu tunggal berumur 30 tahun dijatuhkan hukuman enam sebatan dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan untuk melacur pada 17 Sept lalu.

Hakim Syarie Rosdi Harun menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dalam prosiding yang dijalankan selama lebih sejam itu hari ini.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Terengganu, Mohd Kahzmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah hari ini juga mengarahkan hukuman sebatan dilaksanakan di penjara di mana tertuduh ditahan selepas tempoh 14 hari sekiranya tiada rayuan daripada pihak tertuduh.

Hakim Syarie ketika membacakan pertuduhan bagaimanapun menyatakan kekecewaannya terhadap sikap wanita berusia 30 tahun itu yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keinsafan sepanjang prosiding dijalankan.

Tertuduh yang berbaju kurung berwarna biru muda dan tudung warna senada juga dilihat tidak memberikan sebarang reaksi selepas hukuman dibacakan.

Dalam prosiding sebelum ini, wanita dari Selangor itu ditahan ketika bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya dalam serbuan di sebuah bilik di Hotel Felda Residence, di sini, kira-kira jam 11.45 malam pada 17 Sept lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan dalam serbuan yang dilakukan penguat kuasa syariah daerah di bilik bernombor 507 di hotel berkenaan dan melakukan rampasan terhadap 11 barangan yang disahkan milik wanita itu termasuk kondom, minyak pelincir, coli dan seluar dalam.

Difahamkan, tertuduh juga menerima bayaran sebanyak RM100 daripada pelanggan untuk melakukan perbuatan itu pada hari sama ketika ditahan.

Tertuduh mengakui terpaksa melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupannya dan anak perempuan berusia tujuh tahun yang dijaga oleh kakaknya di Klang, Selangor. – BERNAMA

Tags: ibu tunggalpelacuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

Gadis Terbabit Pelacuran Dihantar Ke Henry Gurney

Gadis Terbabit Pelacuran Dihantar Ke Henry Gurney

13/06/2024
0

Tampin : Seorang gadis yang mengaku salah melakukan aktiviti persundalan diperintah menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney, Melaka sehingga berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd