• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mek Tuntung Terima Anugerah ‘Commonwealth Point Of Light’ Britain

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Usaha gigih dan penat lelah seorang penyelidik, Dr Chen Pelf Nyok dalam pemuliharaan tuntung sungai selama lebih lapan tahun di Sungai Kemaman mendapat perhatian dan pengiktirafan kerajaan Britain apabila menerima anugerah ‘Commonwealth Point Of Light’ hari ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell dalam satu majlis di Kampung Pasir Gajah, di sini, hari ini.

Dikenali sebagai Mek Tuntung oleh masyarakat setempat, Chen yang juga pengasas bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia (TCS) berkata kejayaan projek yang dimulakannya sejak 2011 itu tidak akan kesampaian jika tiada kerjasama daripada penduduk setempat dan anggota keluarganya.

“Bila saya memulakan projek ini, saya tidak menjangka apa yang akan terhasil darinya… ketika itu saya baru berusia 30 tahun dan baru sahaja mengasaskan NGO ini dan ingin memulakan projek pemuliharaan jangka panjang untuk menyelamatkan tuntung sungai daripada kepupusan.

“Dengan restu ketua dan penduduk kampung, saya telah memulakan projek dengan mereka yang menggelarkan diri mereka Geng Tuntung.

“Saya dengan sukacitanya ingin menyatakan sejak projek dimulakan kami telah menyelamatkan lebih 4,500 telur tuntung daripada dimakan dan melepaskan 3,000 ekor anak tuntung ke Sungai Kemaman,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Projek yang dijalankan wanita berasal dari Kuantan, Pahang itu secara sukarela juga berjaya mewujudkan galeri tuntung dan pusat pemuliharaan tuntung sungai yang turut menjadi tarikan pelancongan di kampung berkenaan.

Dalam sidang media selepas itu Chen berkata pengiktirafan yang diberikan kerajaan Britain itu juga dapat membuka mata masyarakat bahawa tuntung merupakan spesies haiwan bercengkerang yang perlu dilindungi seperti penyu.

“Sejak dua bulan yang lepas projek ini mula mendapat publisiti meluas daripada media massa berbanding sebelum ini dengan masyarakat di luar sana tidak mengetahui terdapat usaha memulihara tuntung dijalankan oleh TCS mungkin kerana ia hanya dijalankan oleh NGO yang kecil.

“Tetapi perubahan ini memberi semangat kepada kami untuk meneruskan usaha pemuliharaan tuntung sungai sebab kita mahu masyarakat tahu kenapa tuntung ini diancam kepupusan dan bagaimana masyarakat boleh membantu menghalang ia daripada terus pupus dalam negara kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anugerahtuntung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang

28/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd