• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Tidak Perlu Bimbang Kerjasama UMNO-PAS

oleh
18/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MCA tidak perlu bimbang dengan hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PAS kerana pada hakikatnya, akan berlaku peningkatan dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

Kekuatan ini sekali gus bakal memberikan satu kelebihan pada pihak pembangkang, termasuk MCA sendiri, dalam menongkah landskap siasah pada masa kini yang telah berubah pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, beliau memahami kegusaran yang diajukan oleh MCA selaku parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), dan tidak menyalahkan mereka.

Ini kerana pada pendapat beliau, mereka tidak mendapat gambaran yang sebenar dan menerusi satu kenyataan malam tadi memberi jaminan semua parti dalam BN akan diberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

“Sebagai rakan yang begitu lama dalam BN, saya yakin UMNO akan memberi penjelasan, berbincang dan memaklumkan perkembangan terkini kepada MCA, juga kepada MIC dan PBRS dari semasa ke semasa,” kata.

Beliau berkata kerjasama UMNO-PAS akan memberikan kekuatan kepada kuasa politik orang Melayu yang akan memberikan kebaikan bukan hanya kepada bangsa Melayu sahaja, tetapi kepada keseluruhan rakyat di negara ini.

Walaupun UMNO sebuah parti yang berasaskan bangsa Melayu, namun telah terbukti parti ini tidak amal sikap rasis, malah semua kaum mampu menikmati peluang sama selama 61 tahun UMNO pegang tampuk pemerintahan.

“Dan PAS pula bukanlah parti Islam ekstrem seperti digambarkan oleh sesetengah pihak. Saya yakin rakyat Malaysia akan menerima terutama pengundi bukan Melayu kerana kita mampu lebih baik daripada PH (Pakatan Harapan).

“Apatah lagi rakyat nampaknya sukar menerima apa yang dilakukan oleh Kerajaan PH setelah diberikan mandat untuk memimpin pada ketika ini,” ujar Samsul Anuar dalam kenyataan media tersebut.

Kerjasama UMNO-PAS lahir dari suasana politik baru yang menuntut agar wujudnya satu kerjasama antara dua buah parti terbesar Melayu untuk berjuang dalam satu matlamat demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

“Saya fikir kita perlu akui bahawa keadaan dan landskap politik telah berubah. Maka kita mesti memahami perubahan yang berlaku ini terutama kesan selepas PRU ke-14 lalu.

“Jika kita tidak menyesuaikan diri dengan perubahan ini, bimbang ia akan menyukarkan kita menghadapi keadaan yang semakin mencabar”, katanya.

Perubahan pola pengundian dan kehendak serta tuntutan rakyat yang banyak berubah ini juga tambah beliau perlu disesuai dengan perubahan dalam parti. Kita perlu mendepani semua ini dengan penuh bijaksana dan berhemah.

“Saya yakin UMNO memahami semua ini. Sudah pasti asalkan prinsip dan falsafah perjuangan parti tidak berubah, saya percaya pimpinan dan ahli UMNO serta rakyat di pelbagai peringkat akan sokong sebarang usaha ini,” jelasnya.

Bagaimanapun Anuar amat memahami kegusaran dan kebimbangan parti komponen BN seperti MCA dengan kerjasama antara UMNO dan PAS ini.

Namun katanya, adalah terlalu awal untuk memberikan ulasan panjang berhubung isu ini yang dibangkitkan oleh MCA baru-baru ini.

“Apapun, MCA tidak seharusnya bimbang dengan perkembangan hubungan UMNO – PAS kerana hakikatnya akan berlaku peningkatan dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

“Keadaan ini dengan sendirinya akan memberikan kebaikan bukan hanya pada UMNO, PAS sebaliknya juga kepada MCA serta rakan parti yang lain.

“Saya tidak menyalahkan MCA di atas kebimbangannya, lantaran mereka tidak dapat gambaran sebenar. Kerjasama politik yang diterokai UMNO dan PAS ini pun masih di peringkat dasar atau masih awal namun telah begitu baik berbanding dulu,” katanya lagi.

“Kita harap semua menyakini bahawa, perjuangan menegakkan keadilan sejagat dan menyantuni kemajmukan masyarakat, akan sentiasa dijunjung dan dimartabatkan UMNO dan ia telah buktikan sejak sekian lama.

“UMNO adalah parti yang sememangnya membela kepentingan Melayu dan Bumiputera. Malah sejarah membuktikan UMNO tidak pernah mengetepikan kepentingan kaum dan agama lain sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Dengan pengalaman bersama sejak sekian lama, UMNO yakin dan percaya semua pihak perlu lebih terbuka dan dalam masa yang sama meneruskan dasar muafakat yang telah diamalkan.

“Ini adalah formula yang terbaik bagi mengelakkan sebarang tanggapan buruk dan spekulasi keterlaluan,” tegasnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Shamsul Anuar NasarahUMNO-PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Setia Kepada Parti” – Shamsul Anuar

04/08/2021
0

PUTRAJAYA - Peletakan jawatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dibuat kerana...

Shamsul Anuar Letak Jawatan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli

03/08/2021
0

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Dalam satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd