• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Perlu Tanggungjawab

oleh
26/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WAJAR… Menteri Besar Johor perlu tanggungjawab berhubung tindakan seorang Anggota Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang guna bahasa Cina dalam urusan surat rasmi majlis itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, Datuk Osman Sapian tidak seharusnya menyerahkan kepada Exco terlibat sahaja untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

“Exco tidak perlu berdolak-dalih mengenai ketetapan urusan rasmi kerajaan yang perlu menggunakan Bahasa Melayu. Perkara ini tidak memerlukan penjelasan mengapa ianya berlaku.

“MB perlu mengambil tanggungjawab dalam hal ini dan tidak hanya membiarkan Exco memberi penjelasan,” kata Hasni yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Johor Bahru pada Rabu.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka tindakan seorang pegawai MBIP yang guna bahasa Cina dalam surat rasmi majlis untuk memaklumkan mengenai penganjuran sebuah majlis dialog.

Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi, sama ada melibatkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu.

“Apa sahaja urusan surat menyurat melibatkan kerajaan negeri atau Anggota Majlis PBT, semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.

“Bila masa dalam negeri Johor, surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah baginda.

Sementara itu, Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Johor turut membuat bantahan terhadap isu tersebut dan meminta agar Ahli MBIP itu dilucutkan jawatannya.

“Kami mendesak MBIP melucutkan jawatan Ahli Majlis itu kerana tidak menjalankan amanah seiring dengan jawatannya.

“Desakan ini juga sebagai menjunjung titah Sultan Johor mengenai perkara yang sama,” katanya.

Mereka turut meminta agar tindakan itu dilakukan dengan segera kerana ia dilihat tidak prihatin dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia.

Tags: bahasa CinaIskandar PuteriSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Bekas Menteri Kewangan II Beri Keterangan Kepada PAC Parlimen

Next Post

Azeez, Abangnya & Pengarah Syarikat Direman 4 Hari

Related Posts

Parlimen Kecoh Susulan Ahli Parlimen Jelutong Cadang Berita Bahasa Tamil, Cina Diperkasakan

Parlimen Kecoh Susulan Ahli Parlimen Jelutong Cadang Berita Bahasa Tamil, Cina Diperkasakan

26/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) BERNAMA (Pindaan) 2024 kecoh seketika susulan seorang Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan...

‘Tiada Ruginya Jika Ramai Kuasai Bahasa Tamil, Cina Tanpa Pinggirkan Bahasa Kebangsaan’

‘Tiada Ruginya Jika Ramai Kuasai Bahasa Tamil, Cina Tanpa Pinggirkan Bahasa Kebangsaan’

06/10/2024
0

SUNGAI SIPUT : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa ibunda khususnya di sekolah vernakular atau sekolah yang...

Next Post

Azeez, Abangnya & Pengarah Syarikat Direman 4 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd