• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Warga Emas Dalam Tangki Najis

oleh
25/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung, di sini, hari ini.

Mayat Faridah Hashim, 63, ditemukan menantu lelakinya pada jam 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah.

Wanita itu dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui dalam lubang kumbahan najis yang bertutup sedalam 1.5 meter, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A. Anbalagan di sini.

Beliau berkata wanita itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lepas dan anggota keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept.

“Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya,” katanya.

Beliau berkata polis menemui sebilah pisau yang dipercayai diguna untuk membunuh wanita itu berhampiran tangki najis berkenaan dan kesan darah pada penutup lubang najis itu.

Anbalagan berkata berikutan penemuan mayat itu, polis kini mencari anak lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan kes itu. Lelaki terbabit juga telah menghilangkan diri sejak 19 Sept lepas.

Beliau berkata polis percaya lelaki berusia 29 tahun itu merupakan orang terakhir dikatakan bersama wanita berkenaan pada pagi 19 Sept lepas.

“Mangsa tinggal di rumah itu bersama anak perempuannya serta suspek, menurut anak perempuan mangsa, dia keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi dan ketika itu ibunya sedang menunaikan solat manakala adik lelakinya sedang tidur dalam bilik.

“Anak perempuan mangsa itu balik kerja kira-kira pukul 8 malam dan mendapati ibu dan adik lelakinya itu tiada di rumah. Dia cuba menghubungi telefon bimbit mereka tetapi tidak dijawab,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kerana mencederakan kakaknya itu sering menghidu petrol untuk menjadi khayal dan dikatakan akan memarahi ibunya jika tidak diberi wang.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya.- BERNAMA

Tags: Mayatwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JAWI Minta Pihak Salur Maklumat Kumpulan ‘Who Is Hussain’

Next Post

Naza Italia Lancar Bilik Pameran Pengalan Pop-Up Ferrari

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Next Post

Naza Italia Lancar Bilik Pameran Pengalan Pop-Up Ferrari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd