• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manusia Terkaya Bidas Trump

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pengasas laman jualan Amazon dan pemilik akhbar Washington Post, Jeff Bezos kelmarin memberi amaran bahawa serangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap media membahayakan negara berkenaan.

Bezos sewaktu sesi soal jawab ketika majlis makan malam anjuran Kelab Ekonomi Washington menegaskan bahawa serangan Trump berisiko menjejaskan perlindungan dan norma sosial yang penting dalam sistem demokrasi.

“Adalah berbahaya untuk memburuk-burukkan media,” kata Bezos.

“Adalah berbahaya untuk menggelar media penjenayah. Ia berbahaya untuk mengatakan bahawa media ialah musuh rakyat,” kata Bezos.

“Kita hidup dalam masyarakat yang mana bukan sahaja undang-undang melindungi kita tetapi juga norma sosial. Ia berfungsi kerana kita percaya perkataan yang terkandung dalam akhbar,” tambahnya.

Bezos berkata, Trump dan orang kenamaan lain seharusnya menerima kritikan dan pandangan media serta orang awam yang mana beliau anggap sebagai perkara yang ‘sihat’.

Komen itu adalah yang pertama ditujukan kepada Trump oleh Bezos selepas beliau kerap menjadi sasaran kecaman Trump

“Saya memang mempertahankan Washington Post. Namun, tiada keperluan untuk saya mempertahankan Amazon,” katanya.”

Menurutnya, pentadbiran Trump mungkin mengisytiharkan perang terhadap media tetapi media tidak berperang dengan White House.

Di sebalik kebimbangannya terhadap Trump, Bezos memberitahu, beliau tidak terlalu gusar mengenai masa depan media berita.

“Kami begitu kuat dalam negara ini. Media akan selamat,” katanya.

Bezos yang mengumpulkan kekayaannya menerusi Amazon menambah, beliau pernah berbincang dengan Trump tetapi enggan mendedahkan perkara yang dibincangkan. – AFP/BH ONLINE

Tags: Jeff Bezos
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bilionair Paling Kaya Di Dunia Berjaya Sampai Ke Angkasa Lepas

21/07/2021
0

TEXAS - Bilionair paling kaya di dunia, Jeff Bezos menghabiskan masa beberapa minit di angkasa lepas pada Selasa dengan menaiki...

Jeff Bezos Kekal Individu Terkaya Dunia – Forbes

08/04/2020
0

NEW YORK - Hartawan terkemuka dunia, Jeff Bezos mengekalkan kedudukan sebagai individu terkaya di dunia tahun ini meskipun kekayaannya menyusut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd