• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Keracunan Arak 56 Orang, Dengan 21 Maut

oleh
20/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sehingga 8 malam ini, jumlah terkini mangsa kes keracunan arak di sekitar Lembah Klang sejak semalam berjumlah 56 orang, dengan 21 individu disahkan maut.

Sejumlah 17 lagi individu sedang menerima rawatan manakala 20 yang lain dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata daripada keseluruhan mangsa, seramai empat orang merupakan warga tempatan.

“Selain itu, antara mereka yang keracunan terdiri daripada warga asing iaitu 26 warganegara Nepal, 13 warganegara Myanmar, 10 Bangladesh, dua India dan seorang lagi tidak diketahui identiti,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata empat kematian akibat kes itu dicatatkan di Sentul.

“Kematian direkodkan di daerah Sentul dengan dua lelaki warga tempatan dan dua warga Myanmar,” katanya.

Difahamkan mangsa-mangsa kes tersebut meminum tiga jenama alkohol yang dibeli daripada beberapa kedai di Lembah Klang.

Polis Selangor telah membuat 12 serbuan dan tujuh tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan arak itu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti kandungan selain methanol dalam minuman keras terlibat.

Beliau juga berkata wakil-wakil dari pihak pengeluar minuman beralkohol dan bir dari jenama terbabit telah tampil membantu kementerian untuk membersihkan nama mereka.

“Kementerian tidak menolak kemungkinan minuman berkenaan bukan produk asli dan dihasilkan dari kegiatan pengeluaran haram.

“Siasatan juga dijalankan bagi menentukan sama ada minuman itu dicampur bahan lain atau minuman tiruan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hapuskan Penjualan Arak Berkualiti Rendah

Next Post

Kabinet Bincang Kes Lelaki Yang Dihukum Mati Miliki Minyak Kanabis

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

Next Post

Kabinet Bincang Kes Lelaki Yang Dihukum Mati Miliki Minyak Kanabis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd