• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Singapura Kongsi Teknologi Pengurusan Plastik

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk berkongsi teknologi dan mencari jalan bagi mengurangkan pengurusan sisa, termasuk plastik dan bahan pembungkusan, satu isu yang dianggap penting di peringkat serantau serta antarabangsa, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Sebagai permulaan, beliau berkata kedua-dua negara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dan bertukar-tukar pandangan berkaitan teknologi inovatif, yang lebih murah dan kos efektif untuk melupuskan sisa plastik secara berkesan, dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama mengenai Alam Sekitar Malaysia-Singapura (MSJCE) di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Yeo dan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, yang melawat Malaysia dua hari mulai semalam, atas undangan Yeo di bawah program Pertukaran Lawatan Tahunan Malaysia-Singapura ke-31.

“Saya berbincang dengan Singapura tentang kemungkinan bekerjasama dalam pertukaran teknologi yang dapat menyelesaikan masalah itu. Kami berbincang tentang bagaimana kedua-dua negara boleh berganding bahu dan bertukar-tukar cadangan tentang cara untuk menghapuskan sisa plastik yang merosakkan persekitaran kita hari ini.

“Saya amat berharap untuk belajar daripada program Sisa Sifar Singapura, yang mana ia mencabar cara lama apabila menganggapkan bahan buangan sebagai sesuatu yang tiada nilainya dan perlu dibuang. jika kita tidak bertindak sekarang, dunia akan penuh dengan bahan buangan oleh sebab populasi global akan mencecah 10 bilion orang menjelang 2050,” katanya dalam sidang akhbar bersama selepas mesyuarat berkenaan.

Selasa lepas, Yeo berkata Malaysia menyasarkan untuk tidak lagi menggunakan plastik pakai buang menjelang 2030, ketika negara berusaha untuk membersihkan reputasinya sebagai sebuah daripada penyumbang sisa plastik di dunia. Malaysia merupakan pengeluar kelapan terbesar sisa plastik di dunia.

Plastik merupakan jenis bahan buangan kedua terbesar di negara ini selepas makanan.

Yeo selanjutnya menjelaskan kerajaan perlu memperhebatkan kempen kesedaran untuk meyakinkan masyarakat supaya menyingkirkan penggunaan plastik daripada kehidupan seharian mereka, dan beliau percaya, teladan ini sepatutnya bermula daripada pemimpin sendiri.

Mengenai jerebu rentas sempadan serantau, Yeo berkata kedua-dua negara memuji rakan sejawatan mereka dari Indonesia yang mengambil penyelesaian yang pantas dan berkesan untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan dengan menugaskan anggota dari agensi berkaitan supaya segera memadamkan kebakaran.

“Indonesia menjalankan tugas yang baik sungguhpun terdapat jerebu ringan di negara ini sekarang. Bagaimanapun saya berharap untuk membincangkan perkara ini dalam mesyuarat menteri-menteri ASEAN di Myanmar bulan depan. Paling penting, kami mahu mencari jalan untuk menangani aktiviti pembakaran terbuka secara haram di ladang sawit.

“Kami harap dapat menyelesaikan masalah pembakaran dan jerebu ini dalam usaha membangunkan semula jenama minyak sawit sebagai minyak yang lestari dan efisien, dan dapat memasarkannya di pasaran global,” katanya.

Sementara itu, Masagos berkata Singapura ketika ini bergerak ke arah trend lestari untuk melaksanakan Sisa Sifar Singapura sejak empat tahun lepas, yang mana republik berkenaan mendapatkan seberapa banyak sumber daripada bahan buangan seperti plastik, kertas atau logam.

“Inilah cabaran masa kini bahawa bahan buangan perlu dianggap sebagai potensi sumber.

“Melalui cara ini, ia membantu memulihara sumber kita, mengurangkan pencemaran, mewujudkan peluang pekerjaan dalam pengurusan sisa, mengurangkan kos sisa, meningkatkan jangka hayat loji insinerator, dan mengurangkan perubahan iklim,” katanya.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua negara juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang baharu seperti perubahan iklim, ekonomi pusingan, pencemaran industri dan keselamatan radiasi.

Mereka juga mengesahkan komitmen untuk terus berkongsi pengalaman dalam menangani pencemaran kenderaan, satu isu kepentingan bersama. Kedua-dua negara akan terus bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar di Selat Singapura. – BERNAMA

Tags: pengurusan plastikYeo Bee Yin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malindo Air Bakal Mula Penerbangan KL-Kolkata

Next Post

Lelaki Amuk, Ugut Isteri Guna Parang & Bom Di Kluang

Related Posts

Jamal Minta Maaf Fitnah Bee Yin

02/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon maaf kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi,...

Jamal Tarik Balik Mohon Bicara Bersama 2 Kes Saman

06/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menarik balik permohonannya supaya kes...

Next Post

Lelaki Amuk, Ugut Isteri Guna Parang & Bom Di Kluang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd