• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Komited Akhiri Wabak Tuberkulosis Menjelang 2035

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk mengakhiri wabak tuberkulosis (TB) menjelang tahun 2035, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Semasa menyampaikan kenyataan negara pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan Usaha Memerangi Tuberkulosis di New York pada Khamis, beliau berkata bebanan penyakit TB bagi Malaysia masih signifikan dengan kadar notifikasi 81 bagi setiap 100,000 penduduk dan kadar kematian pula sebanyak 6.5 bagi setiap 100,000 penduduk bagi tahun 2017.

Beliau mengaku bahawa penyakit TB boleh dibasmi dengan memastikan akses kesihatan sejagat kepada perkhidmatan kesihatan untuk diagnosis, rawatan dan penjagaan berkualiti tinggi bagi semua bentuk TB termasuk jangkitan TB yang rintang terhadap rawatan antibiotik (MDRTB).

Dzulkefly berkata Malaysia telah melaksanakan saringan sistematik ke atas kumpulan berisiko tinggi dijangkiti TB sejak 2015.

“Sebagai negara berpendapatan menengah atas, Malaysia berpendapat bahawa kos bagi ujian molekular dan rawatan anti rawatan anti TB untuk TB kerintangan ubat (drug resistance) dikaji semula agar lebih ramai pesakit boleh mendapat manfaat daripada ujian dan rawatan ini, kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dzulkefly kini berada di New York untuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi PBB mengenai Usaha Memerangi Tuberkulosis dan Mesyuarat Mengenai Pencegahan dan Kawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit.

Beliau berkata Malaysia mengiktiraf kerjasama antara sektor awam dan swasta selain sokongan sosio ekonomi dan psikososial daripada komuniti juga adalah faktor penting bagi kejayaan rawatan TB.

“Malaysia komited untuk melaksanakan, memantau dan menilai strategi yang dicadangkan dalam Rancangan Strateguik Kebangsaan untuk Kawalan Tuberkulosis (2016-2020) dengan sokongan penuh dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata beliau mengadakan tiga mesyuarat dua hala yang berasingan dengan rakan sejawatannya dari Palau, Jepun dan Filipinja di luar mesyuarat tuberkulosis.

Katanya, Menteri Kesihatan Palau Dr Emais Roberts memberi maklum balas positif mengenai calon Malaysia untuk jawatan Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Pasifik Barat, Datuk Dr Narimah Awin dan juga menyatakan kesediaan Palau untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam sektor kesihatan.

Semasa bertemu Menteri Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan Jepun, Katsunobu Kato, Dzulkefly berkata kedua-dua mereka mengadakan perbincangan terperinci mengenai calon-calon dari negara masing-masing dan bagaimana mereka akan memainkan peranan sekiranya dipilih.

Dzulkefly juga berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang berhasil dengan Setiausaha Kesihatan Filipina, Francisco T. Duque, sambil menambah Filipina juga mengemukakan calon bagi jawatan Pengarah Serantau WHO, Dr Susan Mercado.

“Menariknya, Dr Narimah Awin dan Dr Susan Mercado adalah rakan sekerja semasa berkhidmat di WHO dan kedua-dua mereka cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antara isu lain yang dibincangkan ialah situasi kesihatan global pada umumnya,, kata beliau.

Pengarah Serantau WHO bagi Pasifik Barat akan dipilih pada November semasa Sesi ke-69 Jawatankuasa Serantau WHO bagi Pasifik Barat di Manila. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmadtuberculosis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd