• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Kena ‘Snub’ Lagi Ke?

oleh Haris
27/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berada di New York, Amerika Syarikat untuk menghadiri sidang Perhimpunan Agung PBB.

Menurut laporan media, perdana menteri tidak dijadual bertemu dengan Presiden Donald Trump.

Tidak ada pertemuan rasmi dijadual di New York, dan Mahathir tidak ke Washington untuk mengadakan pertemuan dengan Trump.

Tidak diberitahu sebenarnya sama ada pihak Mahathir atau Trump yang memutuskan untuk tidak mengadakan pertemuan.

Sebagai pemimpin yang dianggap bertaraf tinggi di persada antarabangsa, peluang bertemu Trump patut diambil untuk sekurang-kurangnya menyampaikan pandangan Kuala Lumpur terhadap isu-isu melibatkan kedua-dua negara.

Boleh jadi, ketiadaan pertemuan dengan Trump satu lagi “snub” selepas peristiwa di China, apabila Xi Jinping hanya bertemu Mahathir dalam pertemuan ringkas pada hujung lawatan.

Kalau ini juga satu “snub” terhadap Mahathir, amatlah memalukan pada negara apabila pemimpin negara tidak mahu ditemui pemimpin-pemimpin negara yang mempunyai pelbagai bentuk hubungan dengan Malaysia.

Bagaimanapun, tiada pertemuan dengan Trump boleh memberi kelebihan juga pada Mahathir, yang dilihat telah condong ke AS selepas hubungan dengan China dingin ekoran pembatalan projek-projek besar China di Malaysia.

Mahathir mungkin tidak dianggap mesra dengan AS apabila tiada pertemuan dengan Trump. Maka isu melibatkan imbangan antara China dengan AS mungkin tenggelam seketika.

Selepas menjatuhkan kerajaan BN yang menerima berbilion pelaburan infrastruktur China, pertemuan dengan Trump yang telah memulakan perang dagang dengan China ialah satu pilihan yang baik, untuk mengelakkan daripada mengundang lagi kemarahan China.

Tetapi, hubungan peribadi antara kedua-dua pemimpin tidak sebaik hubungan dua presiden AS terkini dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib mempunyai hubungan peribadi yang amat baik dengan Obama dan boleh menjadi rakan golf Trump.

Najib telah bertemu dan mencapai persetujuan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Di bawah Najib, walaupun beliau dianggap terlalu mesra China, belia juga melonjakkan hubungan dengan AS dan meluaskan kerjasama.

Manakala Mahathir pernah mengkritik hebat Trump dalam isu pemindahan kedutaan AS ke Baitulmaqdis, menyifatkan Trump sebagai pembuli antarabangsa.

Terbaru, Mahathir berkata gaya pendekatan Trump tidak sesuai dengan Asia. Kali ini, kritikannya semakin kuat.

Kata Mahathir, pandangan Trump mudah berubah-ubah dalam masa singkat, dan sukar untuk bekerja dengan orang seperti ini.

Kesimpulannya, boleh dijangka Mahathir tidak mahu berlaku satu pertemuan mesra dengan Trump, untuk menjaga supaya tidak dilihat pro-AS dan anti-China.

Tetapi faktor hubungan peribadi yang tidak mesra juga boleh menjadi faktor, kerana Mahathir sendiri telah beberapa kali menghentam Trump.

Maka tidak boleh ditolak juga kemungkinan Trump tidak berminat berjumpa Mahathir. Beliau sedar perdana menteri sebenar masih bergelut di Port Dickson.

Mungkin beliaulah yang Trump akan bertemua nanti. – Mynewshub.tv

Tags: Tun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd