• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mah Siew Keong Umum Letak Jawatan Presiden Gerakan

oleh
16/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan.

Mah berkata ini adalah susulan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas yang gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen berbanding satu kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tiga atau empat bulan lepas saya mendapat banyak rayuan daripada anggota parti supaya terus kekal sebagai presiden, namun saya sebagai kapten telah berjanji jika keputusan parti lebih teruk dari dahulu, maka saya akan letak jawatan.

“Saya ucap terima kasih pada semua (anggota parti) dan hari ini secara rasmi saya tidak akan teruskan (memegang jawatan) sebagai presiden,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan ke-43 di Wisma Gerakan di sini.

Ini adalah program terakhir beliau selaku presiden parti.

Pada PRU14, Gerakan kalah kesemua 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.

Gerakan yang telah menjadi parti bebas selepas mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 23 Jun lepas, akan memiliki presiden baharu selepas ini.

“Kita akan ada pemimpin baharu. Saya telah mengetuai parti Gerakan dan mesti ambil tanggungjawab walaupun ramai yang kata ini bukan salah kita, tetapi sebagai presiden mesti ambil tanggungjawab,” katanya.

Mah berkata Gerakan yang kini dalam proses pemilihan parti perlu mengekalkan pemimpin lama dan digabungkan sekali dengan yang baharu bagi memastikan ia dapat dibangunkan semula.

“Sesuatu parti, kita tak boleh (letakkan semua pemimpin) yang baharu, sesetengah daripadany perlu kekal hingga kita bangun semula tetapi presiden tak boleh,” katanya.

Pada PRU14, Mah dan calon PAS Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud tewas di kerusi Parlimen Teluk Intan kepada Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dengan majoriti 11,179 undi.

Mah dalam pada itu menafikan kononnya terdapat ramai anggota parti yang telah meninggalkan parti selepas kekalahan teruk Gerakan pada PRU14.

“Kita ada 300,000 anggota dan yang keluar parti itu tak banyak…setiausaha agung parti (Datuk Liang Teck Meng) beritahu saya yang masuk parti kali ini lebih ramai daripada yang keluar…Jadi nak kata tenggelam itu tak berasaslah,” katanya.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata Gerakan kini telah mula menyusun semula parti dengan memberi mandat kepada akar umbi untuk memilih pucuk pimpinan yang dirasakan layak bagi pusat, 150 bahagian dan 1,080 cawangan di seluruh negara.

Beliau turut mengumumkan Datuk Choong Vee Hing kekal sebagai Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan.

Sementara itu, ditanya mengenai pendirian Gerakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mah berkata ia akan ditentukan kemudian memandangkan parti itu kini adalah parti bebas.

“Kita hendak dapatkan pandangan dahulu sebelum memuktamadkan keputusan sebab kita ada 2,070 anggota di Port Dickson yang akan mengundi,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, yang meletak jawatan selaku wakil rakyat kawasan itu untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14, Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V. S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. – BERNAMA

 

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Perlu Praktikkan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

Next Post

Lebih 2,000 Peserta Sertai Perbarisan Hari Malaysia Peringkat Negeri Kelantan

Related Posts

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah

07/10/2018
0

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan...

Kesetiaan Terhadap Mah Tidak Berbelah Bahagi

07/05/2018
0

TELUK INTAN - Sebagaimana tingginya Menara Condong Teluk Intan, tinggi lagi kesetiaan penduduk di kawasan ini terhadap anak jati kampung...

Next Post

Lebih 2,000 Peserta Sertai Perbarisan Hari Malaysia Peringkat Negeri Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd